Sekali lagi hari ini aku mengubah blog templates untuk blog fotografi aku iaitu Hanif Photography. Sebenarnya blog templates yang terdahulu tidak mempunyai apa-apa masalah cuma dari segi susunatur iklan agak kurang...hehehehe.
Memang aku minat fotografi dan tujuan membuat blog fotografi ini adalah berkongsi seni dalam bidang ini. Dan semua koleksi aku letakkan disini dan apa salahnya, sebagai blogger aku menambahkan sebuah lagi website untuk hobi aku.
Tetapi sebagai blogger, sudah tentu kita mahukan sedikit pendapatan dari usaha kita kan? Blog templates lama tidak memberi pulangan yangbaik dari segi pendapatan kerana iklan dalam blog templates yang lama agak sukar disusun.
Lalu aku pun menukar blog templates ini, dimana header sahaja ada 2 iklan...hahahaha. Dan side bar boleh letak iklan lagi.
Manakala blog templates yang baru ini, aku diberi bonus dimana popular post, blog achieve dan label diletakan dalam tab yang berasingan dimana anda boleh klik untuk melihat semuanya dalam tab yang disediakan. Bonus kerana ia selamatkan ruang blog dan pembaca boleh membuat carian yang lebih luas untuk melihat gambar.
Yang bestnya dalam ruang utama templates ini, ialah kalau kita bawa cursor ke gambar a mempunyai 3D dinamik yang menujukkan siapa authornya...nice bro.
Untuk artikel yang dklik pun memberi gambar yang besar dan kemas, sesuai untuk templates fotografi. Ia juga menunjukkan 3 related article mengikut label.
Iklan tetap kekal sama sahaja jumlahnya...hahahahaha.
Setakat ini aku amat berpuas hati dengan design ini. Sekarang kita monitor macam mana prubahan pageview blog ini dengan templates yang baru ini. Pageview yang baik memberi pendapatan yang baik.
Jangan kata aku ni tamak nak duit dan tersasar dari etika blogging. Hanif Idrus blog adalah blog utama dan aku tak pernah kaya dengan blogging ini.
Tapi aku tetap berblogging dan menulis artikel kerana minat. Kalau nak duit, dah lama aku buang blog Hanif Idrus yang telah berusia 7 tahun ini tapi hasilnya tidak berbaloi dengan kepenatan dan pengorbanan aku ini.
Cuma berusaha dan berkongsi menggunakan platfrom lain untuk menjana pendapatan apa salahnya..Betul tak?
0 Ulasan