Celik mata tutup mata sudah 7 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Dibulan yang mulia aku diduga soal kesihatan bermula Ramadhan Pertama.
Pada malam pertama sebelum kita berpuasa aku tiba-tiba selsema tapi syukur alhamdulilah tak sakit tekak. Kalau sakit tekak, lagi payah ler.
Selsema aku punyalah teruk hingga tangkap sendi-sendi. Tak larat rasa nak berpuasa..hehehe.
Di tambah pada malam pertama puasa aku kena OT ganti rakan aku yang ambil cuti kecemasan.
Bayangkan dengan selsema dan kena OT dan bersahur hari pertama di kilang. Sedihnya.
Balik kerja pada pagi tu, aku terus tidur dan petang sepatutnya aku kena OT tapi selsema aku masih tak kebah. Aku call boss kata demam dan balik rumah mak aku dan sepanjang malam hingga lepas sahur dan selepas sahur aku bantai tidur..hehehehe.
Selepas selsema hampir kebah tapi pada puasa hari ke 5 pula, telinga aku buat hal. Pedih semacam kat dalam telinga tu..huh!!.
Pergi klinik dan klinik kata ada lecehan dan kasi ubat titis, antibiotik dan ubat susut bengkak. Bila telinga tengah berdenyut , paling teruk masa nak buka puasa. Nak mengunyah ajer, telinga aku makin teruk berdenyut. Adussss...
Makan ler perlahan-lahan sampai member aku kata, aku ni sopan santun..hahahahaha.Hingga kini telinga aku masih sakit lagi. Still makan ubat lagi.
Inilah dugaan aku hingga kini pada bulan Ramadhan 2017. Setiap dugaan itu hikmahnya samada untuk ke arah kebaikan atau mengingatkan kita. Aku bersyukur diuji ujian kecil ini..amin.
Muhasabah diri Hanif.......
0 Ulasan