Manusia Berpura-Pura Dalam Kehidupan

Manusia Berpura-Pura Dalam Kehidupan

Manusia Berpura-Pura Dalam Kehidupan
Salam satu Malaysia dan salam hari raya aidilfitri untuk semua. Kita masih lagi di bulan Syawal yang mulia ini.

Dalam keriangan menyambut Hari Raya Aidilfitri aku dikejutkan oleh sikap berpura-pura manusia dalam kehidupan ini.

Bermaksud di hadapan anda ia boleh diumpamakan pijak semut pun tak mati .Tapi belakang kita, subahanallah jelik sungguh perangai. Mengata dan mengutuk anda. Malahan menjadi batu api agar pihak lain ikuti mereka.

Pernah tak anda alami situasi. Jika anda melayu, sudah pasti akan dan telah mengalami peristiwa ini...hahahahaha.

Tapi aku bersyukur di uji dengan sikap manusia ini. Kenapa? Jika tidak aku sampai sekarang tak tahu sikap berpura-pura mereka. Dalam hati ingatkan mereka menyokong kita tapi rupanya hanya mainan untuk kepentingan peribadi mereka.

Kadang kala lebih baik berhadapan dengan manusia yang degil dan berterus terang. Walau pun menyakitkan hati. Tapi mereka 10 kali lagi baik kerana jujur. Bukannya segelintir manusia yang bertopengkan manusia tapi hati disaluti hasad dengki.

Aku pun kadang-kadang tak faham. Orang yang
berpura-pura ni yang jahat ni salah seorang yang dijaga kebajikannya tapi sanggup menganiaya pihak yang mejaganya. Mesti orang yang berkenaan menyesal menatangnya bagaikan emas di dulang. Padan muka sebab gagal melihat mana yang baik dan jahat..

Aku menulis di artikel ini, hanya satu luahan perasaan yang terbuku di hati. Pengajarannya, prinsip apabila menjaga pekerja bawah kau ialah kau mesti amal DTA. Iaitu Don't Trust Anybody.

Untuk aku apa yang berlaku ialah satu hikmah, aku di tunjukkan belang manusia yang berpura-pura dihadapan aku sebelum ia menjadi wabak.

Catat Ulasan

0 Ulasan