Hari ini aku tuang minyak percuma ler di Petron. Percaya tak...hihihihi.
Lepas raya ni, semua orang poket lain macam kering. Terlebih enjoy.. Di Petron mereka ada kasi kad percuma dengan setiap RM1 kita dapat 1 point. Dengan point tersebut kita boleh claim untuk dapatkan minyak percuma.
So hari ini aku cuba gunakan kad Petron aku yang berjumlah 2000 point. Kalau ikutkan diskaun, dengan point 1600 aku akan dapat minyak percuma sebanyak RM25.
Prosedur dia senang rupanya. Pergi kaunter dan beritahu nak claim berapa point yang anda mahu. Lepas tu dia scan kad kau dan dia kasi satu lampiran kertas bil suruh tandatangan dan isi no kad pengenalan. Dah selesai!!!
Senang bangat. Tapi aku rugi ler sebab point aku ada 2000 dan kalau aku sabar simpan hingga 3000 point, aku dapat minyak percuma RM45.
Tapi aku nak cuba mcm mana. Aku takut banyak sangat prosedur. Rupanya senang. Kalau macam ni aku akan jadi ahli setia Petron ler....
Bukan promosi yek...sharing jer.
1 Ulasan