TKP JPJ Kena Saman Pandu Di Lorong Kecemasan

TKP JPJ Kena Saman Pandu Di Lorong Kecemasan

TKP JPJ Kena Saman Pandu Di Lorong Kecemasan
Memang kelakau bila baca artikel ini Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Yusoff Ayob kena saman langgar undang-undang jalan raya.

Kalau pengarah lain aku boleh terima, ini boss JPJ iaitu penguatkuasa jalan raya pun langgar undang-undang jalan raya. Umpama ketam mengajar anak berjalan...hehehehehe.

Inilah masalah kalau jadi boss pada sesuatu kerja. Kalau anda jadi boss JPJ pastikan jangan langgar undang-undang jalan raya. Kalau tak buat malu sahaja.

Inilah bebanan yang datang dengan tugas lagi-lagi kita dilantik sebagai ketua harus menunjukkan contoh yang baik kepada anak buah.

Tapi kalau muka selamba , mungkin tak kisah kot. Kalau aku malu berpikul-pikul..ahaks.
Nasib tak baik...

Jom baca artikel dari keratan akhbar

TIMBALAN Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Yusoff Ayob didenda RM600 di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini, atas kesalahan memandu di lorong kecemasan.

Yusoff iaitu Orang Kena Saman (OKS) tidak hadir ke mahkamah dan diwakili pegawai khasnya, mengaku bersalah melakukan kesalahan berkenaan.

Pengakuan itu dibuat di hadapan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Ab Rahman di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Selain itu, mahkamah memerintahkan OKS menjalani tambahan hukuman penjara tujuh hari jika gagal membayar denda berkenaan.

Pendakwaan kes berkenaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Raya Muhd Hafizuddin Mohd Lutfi.

Difahamkan, Yusoff tidak hadir ke mahkamah kerana menghadiri perhimpunan di Ibu Pejabat JPJ, Putrajaya.

Catat Ulasan

0 Ulasan