Salam semua. Dalam dunia akhir zaman ini pelbagai cerita pelik kita dapat lihat depan mata. Kepelikan zaman jahilliah yang sering aku baca kini menjadi di zaman ini. Malah ia merupakan kebiasaan di zaman ini.
Dahulu jika lelaki curang adalah satu perkara biasa dan skandal oleh pihak lelaki sering menjadi tontonan di kaca tv. Lelaki dianggap curang walau pun ia berhak berpoligami dalam islam.
Curang lelaki dalam kaca mata aku ialah ia mempunyai perempuan simpanan dan melakukan hubungan seks. Itu barulah curang untuk lelaki...hehehe.
Lupakan tentang kecurangan lelaki, sebab ia normal dalam masyarakat kita.
Tapi kini kebiasaan normal ialah wanita curang. Dalam tahun ini sahaja aku melihat 2 rakan lelaki aku diceraikan oleh isteri mereka sebab mempunyai hubungan sulit. Perempuan sekarang berani minta cerai bukan sebab suami mereka ada skandal tapi nak mencintai lelaki lain. Power ahhh..
Melalui pengamatan aku, wanita curang ini dalam anggaran berumur 35 tahun ke atas. Tak mengira samada suri rumah atau wanita berkerjaya. Sebab dalam kes yang aku lihat wanita berkerjaya dan suri rumah memang terlibat dalam aktiviti curang ini.
Dan malangnya mereka semua dah dikurniakan anak yang telah besar dan ada yang dah masuk kolej atau pusat pengajian tinggi.
Kenapa? Rata-rata mengatakan kesunyian. Dahulu masa banyak di habiskan dengan anak-anak yang sedang membesar dan apabila anak sudah besar. Mereka mempunyai masa terluang yang banyak dan tiada suami disisi maka sedikit demi sedikit mereka dahagakan kasih sayang.
Kedua ialah suami yang sentiasa sibuk mencari nafkah. Kerja sehari 12 jam dan sabtu/ ahad sibuk OT. Bila ada cuti, lepak dengan kawan-kawan mengeteh hingga malam. Aktiviti dengan isteri memang kurang ler.
Lagi pun lelaki yang dah lama kahwin ni terutama masyarakat Melayu ini, makin lama makin hilang romantisnya. Itu penyebab hilang seri dalam hubungan suami isteri. Aku pun berumur dalam 40an memang ramai kawan lelaki perangai tidak peduli dengan bini mereka. Mungkin kita anggap perkahwinan selama berbelas tahun tak perlu nak manja-manja lagi...dah tua.. Geli lak....
Ketiga memberi kebebasan kepada isteri. Isteri kau nak pergi lepak dengan kawan-kawan perempuan tiap-tiap minggu kau benarkan. Yang popular sekarang ini ialah Zumba. Tarian gelek-gelek untuk wanita berumur.
Kalau pergi surau ker...ok ler tu. Itupun mesti ler dalam keadaan terkawal. Ini pergi Zumba kau bebaskan. Dah ler Zumba tu sosial, hancur bini kau kena provok. Kalau jumpa kawan yang baik, tak per.
Perempuan ini nafsunya luas..mudah terpengaruh. Kita sebagai suami perlu kawal isteri kita. Bukan kongkong tapi isteri kena tahu batasannya.
Itu baru Zumba belum lagi cabaran reunion atau laman sosial untuk isteri kau.
Keempat ialah tidak menemani isteri anda. Isteri kau dah boleh berdikari tanpa kau. Nak pergi kedai dulu kau siap berteman. Tapi kini, isteri kau nak pergi klinik, pergi barang dapur, anak sakit dan semuanya isteri kau buat. Kau cari duit jer.
Lama kelamaan bini kau dah boleh berdikari anpa kau. Dan mereka pun terfikir, tanpa suami pun aku boleh buat semua kerja. Dia ada pun buat semak mata sahaja.
Atas faktor-faktor inilah wanita sekarang ramai yang curang. Wanita yang berumur 35 tahun ke atas. Atas belaian syaitan serta menjustifikasikan diri mereka sunyi dan dahaga kasih sayang, proses yang mengambil masa bertahun-tahun ini akhir berjaya menjebak wanita atau isteri ini menjadi isteri derhaka serta berzina. Padahal suami kau tiap-tiap bulan kasi nafkah dan tak pernah pukul kau. Akhirnya syaitan ketawa bersorak.
Sanggup meninggalkan kehidupan yang tenang serta anak-anak hanya kerana kasih sayang sesama manusia. Bodoh kan?
Untuk suami-suami juga, perhatikan isteri anda. Mereka perlukan kasih sayang anda. Jangan masa remaja jer kau kasi loving kau. Bila anak-anak dah besar, kau tak peduli bini kau dan sibuk dengan hobi kau. Bini kau tu bukan orang gaji tapi rakan hingga akhir hayat kau.
Aku salahkan isteri dan suami. Pokok takkan bergoyang tanpa sebab. Tapi ada juga yang bergoyang tanpa angin...hehee. Itu satu dalam seribu. Itu memang azali dah macam setan..ahaks.
Dulu sering dengar wanita janda dianiaya suami. Kini aku sering dengar lelaki menjanda...silap menduda dianiaya isteri. Pelik betul dunia ni. Subhanallah.
Harapnya dijauhkan dari musibah ini. Jadikan pengajaran dari peristiwa yang berlaku sekeliling kita. Amin.
0 Ulasan