Hari ini kaki wayang menonton filem sambungan dan terakhir Planet Of The Apes iaitu
War for the Planet of the Apes.
Sequel pertama Rise of the Planet of the Apes (2011) dan kedua Dawn of the Planet of the Apes (2014) dan terkini
War for the Planet of the Apes.
Filem ini berkisar tentang perjalanan hidup Caeser yang dibesarkan oleh manusia hingga menjadi pemimpin kumpulan beruk. Semuanya bermula apabila saintis mencipta virus yang membolehkan beruk menjadi pintar tetapi membunuh manusia. Virus tersebut telah menyebabkan ia menkadi Semian flu hingga membunuh semua manusia.
Jika hendak memahami tentang sequel kedua ini haruslah menonton sequel kedua berkenaan rakan Caeser iaitu Koba yang telah menyerang manusia hingga membawa peperangan ke filem terbaru ini.
Filem
War for the Planet of the Apes kali ini berkisar tentang peperangan manusia terhadap beruk. Dimana dalam peperangan ini keluarga Caeser telah dibunuh oleh kolonel yang kejam. Demi membela kematian keluarganya beliau pergi dengan beberapa rakan sekutu beruknya mencari kolonel.
Pada masa yang sama ahli kumpulan beruk yang lain telah pergi ke kawasan lain untuk melarikan diri dari kolonel yang berusaha membunuh mereka.
Dalam perjalanan Caeser, mereka berjumpa dengan budak perempuan yang tidak boleh bersuara dan juga beruk tua yang tinggal keseorangan.
Namun setelah beliau sampai ke kem kolonel, beliau mendapati semua ahli kumpulannya telah ditahan oleh kolonel. Dan paling tragis beliau telah ditangkap oleh askar kolonel.
Teruk juga beliau kena seksa dengan kolonel. Rupanya kolonel bertindak sedemikian kerana virus semian flu telah bermutasi dan menyebabkan manusia yang hidup tidak boleh bercakap dan menjadi binatang dan beruk menjadi semakin pintar. Dan akhirnya bumi akan menjadi dunia beruk.
Beliau tahu dan sebagai akhirannya semua beruk harus dihapuskan sebelum mereka semua berubah menjadi binatang.
Inilah intipati cerita ini. Bagaimana Caeser menyelamatkan ahli kumpulannya? Adakah Caeser akan mati dalam filem terakhir ini? Apakah fungsi budak perempuan tersebut dan beruk tua yang dijumpai oleh Caeser? Kena tonton ler...
Kesimpulan yang dapat kita berikan dalam filem ini ia banyak membawa tentang survival manusia dan beruk samada di fikiran kolonel dan beruk. Terpaksa melakukan perkara kotor dan melanggar pendirian sendiri demi survival ini.
Rating filem
War for the Planet of the Apes ini saya berikan 4/5 sahaja ler walaupun review mat saleh kasi 8/10. Sebab utama aksi filemini biasa-biasa sahaja. Mainan emosi banyak dipaparkan dalam filem ini dan emosi yang ditunjukkan memang baik.
1 Ulasan