Kaki wayang hari ini Abang Long Fadil 2 yang heboh dikatakan terbaik arahan anak Yusof Haslam yang bongsu si Syafiq.
Abang Long Fadil 2 ini bukanlah sambungan dari filem pertama. Ia tiada kena mengena langsung filem pertama. Maka anda tidak perlu risau jika tak pernah menonton filem pertama.
Rating yang wajar diberikan ialah 4.9/ 5. Sepanjang filem ini ditayang, aku dan wife tak kering gusi melihat telatah pelakon.
Pelakon yang berlakon dalam filem ini semuanya hebat- hebat belaka seperti Zizan Razak iaitu pelakon utama, Shuib Sepahtu, Acey Bocey, AC Mizal dan aku tak sangka Wak Doyok pun kelakau.
Syamsul Haslam pun berlakon tapi watak serius ler.
Kalau anda mengharapkan aksi dalam filem ini, anda tidak akan kecewa. Kalau Skop Production buat cerita gaduh, memang tidak pernah mengecewakan. Memang real aksi tersebut. Ini belum lagi 2 buah kereta dimusnahkan dalam filem ini.
Kalau anda harapkan logik filem ini pun janganlah anda fokus sebab ia filem komedi. Tentang Zizan jadi Hulk pun kelakau. Dan pada saat Wak Doyok mengamuk lihat Shuib/ Syamsul peluk, Zizan dan awek main cinta masa tengah gaduh memang lawak.
AC Mizal lawak dia pula melampau. Watak yang sesuai untuk dia, watak gila-gila sebagai King Kong dan Cobra.
Lawak yang tak boleh blah ialah Zizan jadi gigolo. Hawau tuii si Zizan ni ler. Memang kelakar betul. Zizan ialah pelakon yang sesuai pegang watak Fadil dalam filem ini.
Filem ini berkisar Fadil yang telah insaf jadi gangster cuba mencari pekerjaan lain. Watak permulaan dalam filem ini sebagai stuntman memang kelakar.
Kemudian beliau menjadi gigolo dan bermulalah kisah beliau terperangkap dituduh membunuh Datin Mona yang dibunuh oleh Tiger.
Siapakah Tiger, itulah isi cerita ini. Serta loket harta Taji Samprit yag berjumlah jutaan ringgit.
Kena tonton filem ini ler. Anda tak rugi, menonton filem ini. Terbaik kelakaunya...
0 Ulasan