Kehebatan Erdogan Di Kaca Mata Rakyat Turki

Kehebatan Erdogan Di Kaca Mata Rakyat Turki

Erdogan
Hebatnya pemimpin Turki bernama Erdogan ini. Begitu sayangnya rakyat pada beliau hingga disanjung tinggi pada tahap yang mengagumkan.

Wajar Erdogan ini disayangi rakyatnya kerana lantang memperjuangkan nasib rakyat serta agama.

Perkembangan agama islam di Turki yang berkembang pesat yang dahulunya terkenal dengan sekularisme iaitu membahagikan agama dan dunia.

Lantang menjaga kebajikan rakan-rakan seislam yang lain tatkala negara Islam yang lain menjadi keldai Israel dan Amerika Syarikat.

Perkembangan ekonomi yang dikurniakan Allah untuk bumi bertuah Turki memang tak dapat di sangkalkan melalui data pertumbuhan yang mengagumkan.

Jika ujud lagi beberapa pemimpin seperti ini, aku dapat merasakan aman dunia ini. Tiada lagi kapitalisme yang mengawal dunia. Tiada lagi peperangan yang membunuh jutaan nyawa.

Namun kita tahu, dunia akhir zaman beginilah keadaannya. Takut melihat kerakusan manusia yang melampau dan orang-orang yang baik pasti ditarah dengan kejam.

Aku doakan agar Erdogan dilindungi oleh Allah dan dijauhkan dari hasad dengki manusia jahanam ini. Amin.


Erdogan
[Aimage_3]

Catat Ulasan

1 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
lama tak singgah sini...

semoga hanif baik-baik selalu...