Spicy Korean Burger Mc Donald Panas

Spicy Korean Burger Mc Donald Panas

Spicy Korean Burger
McD baru -baru telah melancarkan produk burger terbaru mereka iaitu Spicy Korean Burger yang mendapat sambutan amat menggalakkan dari orang ramai.

Biasalah ramai rakyat Malaysia kini semua anggap diri mereka Korean gara-gara filem cinta romantik tahap deva oleh pelakon Korea yang cun dan hensem.

Tsunami Korea atau bahasa standard K-Pop yang menular di Malaysia telah diguna sebaik mungkin oleh francais McD untuk mempromosikan burger Spicy Korean Burger.

Bila bercerita tentang Spicy Korean Burger yang terlintas di kepala kita ialah mesti pedas punya. Dan aku akui memang pedas tapi pedas yang jenisnya sedap di kunyah.

Walau pun pedas tapi kita nak makan juga. Itulah kepedasan Spicy Korean Burger. Isteri aku tak berani cuba sebab dia tak makan pedas. Itu hari dia cuba, kecoh satu McD dan akhirnya aku dipelawa makan Spicy Korean Burger isteri aku..hahahaha.

Cuma kelainan yang aku tak suka ialah roti dia warna hitam. Mungkin pihak McD kasi warna hitam sebab nak tunjukkan kepedasan Spicy Korean Burger mereka ini.

Satu lagi Spicy Korean Burger ini dia punya bahan-bahan lagi banyak. Kalau aku bandingkan dengan Big Mac aku lihat bahan-bahan seperti sayur, cheese dan lain-lain lagi banyak di Spicy Korean Burger.



                     
Aku peminat Big Mac dari dulu lagi. Tapi bila kau makan Big Mac dan Spicy Korean Burger. Aku dapat buat satu kesimpulan Spicy Korean Burger lagi hebat.

Dagingnya lebih lembut dan cair di mulut bila kita kunyah. Big Mac pun sedap tapi tu ler ia jadi tak sedap bila kita bandingkan Spicy Korean Burger. Merencik tuiii..

Susah nak cakap tentang kehebatan Spicy Korean Burger ini. Serius. Baik anda semua mencubanya jika berani menahan kepedasan Spicy Korean Burger ini.

Challengge ur self...Are ur dare!!!! Macam nak pergi perang sahaja padahal makan burger..hahahaha.

Kalaulah McD baca artikel ini mesti dia nangis aku puji melambung Spicy Korean Burger. Tapi itu realiti, buat apa aku nak promosi Spicy Korean Burger kalau tak sodap.

Setakat aku tulis artikel ini dah 4 kali aku makan Spicy Korean Burger ini dan siap bandingkan dengan Big Mac bini aku tengah makan. Sempat curi satu slice Big Mac dan kemudian aku makan Spicy Korean Burger dan lepas tu makan Big Mac lak. Susah aku buat review Spicy Korean Burger.

Kena marah dengan wife kebas slice Big Mac dia..beratur panjang nak beli Spicy Korean Burger. ..stresss...

Catat Ulasan

0 Ulasan