Sukan SEA 2017 sedang berlangsung dan hati kita amat gembira melihat atlet negara kita seorang demi seorang merangkul emas.
Mahu tak mahu, atlet kita terpaksa mencari emas sebab Sukan SEA 2017 ini berlangsung di tanah merdeka Malaysia. Apatah lagi tak lama lagi kita nak sambut kemerdekaan, inilah hadiah paling bermakna oleh atlet kita kepada negara tercinta.
Namun keceriaan Sukan SEA 2017 dan kehebatan perasmian Sukan SEA 2017 yang hebat tercalar oleh kesilapan cetakan pamplet bendera Indonesia yang terbalik.
Apabila sesuatu bendera silap dicetak ianya adalah perkara yang amat memalukan dan kita mengaibkan negara tersebut. Dalam hal ini kita mengaibkan Indonesia.
Kesilapan terbesar yang kita lakukan dan wajar di protes oleh rakyat Indonesia. Dan KJ iaitu chief sukan kita berkali-kali meminta maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan.
Tapi cuba kita berada di tempat Indonesia. Adakah kita tak akan marah. Sudah tentu kita akan marah kerana lambang penting negara kita dipermainkan.
Tiada manusia yang normal dan cintakan negara akan mudah memaafkan. Yang salah pula hanya bendera Indonesia sahaja. Lagi marah.
Sudahlah perhubungan adik beradik Indonesia dan Malaysia dari dulu lagi agak tegang. Apatah lagi kalau soal sukan, jika Indonesia dan Malaysia ketemu macam perlawanan akhir.
Memang kita akan marah dan viralkan kemarahan kita. Tapi janganlah over sangat hingga anda melakukan perkara yang melampau seperti membakar bendera Malaysia atau menconteng muka pemimpin negara Malaysia berwajah anjing.
Ya, anda berhak marah. Itu hak anda wahai warga Indonesia. Tapi bukankah pemimpin kami telah berulang-ulang memohon maaf dan membuat cetakan yang baru. Memang seluruh rakyat Malaysia, akui dan malu atas kesilapan ini. Memang salah kami...
Tapi bila over sangat macam kebudak- budakan pula aku lihat kau orang. Sukan SEA 2017 dan Indonesia sentiasa menjadi ingatan kami.
Tapi syukur alhamdulilah kami tidak membalasnya sebab kami tahu kami salah. Cuma terkilan lihat sikap anda semua, jika kata kemaafan tidak diterima lalu apa yang lebih mulia lagi dari itu.
Fikirlah wahai rakan ku Indonesia....
Sukan SEA 2017 dan Indonesia sentiasa menjadi ingatan kami.
0 Ulasan