Sukan SEA 2017 Tenggelamkan Hari Kemerdekaan?

Sukan SEA 2017 Tenggelamkan Hari Kemerdekaan?

Sukan SEA 2017 Tenggelamkan Hari Kemerdekaan?
"Negaraku Sehati Sejiwa" merupakan tema untuk Hari Kemerdekaan 2017.

Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan kita tetapi bahangnya amat kurang berbanding tahun-tahun yang lalu.

Di jalanraya pun amat kurang kita lihat bendera Malaysia dipacak. Yang heboh ialah bendera Malaysia dipasang terbalik oleh rakan kita di Indonesia.

Rasanya lagi banyak bendera Malaysia di jaja di Indonesia berbanding di negara kita ini..hahaha.
Apatah lagi Kemerdekaan negara kita akan menjelma tidak lama lagi.

Semuanya gara-gara Sukan SEA 2017, jalan paling mudah yang membuatkan rakyat Malaysia mudah lupa ialah kerana ada aksi yang lebih panas berbanding perjuangan nenek moyang kita merdekakan negara ini.

Perjuangan nenek moyang kita merdekakan negara ini adalah cerita basi yang tidak sealiran dengan isu semasa negara kita ini.

Yang penting Sukan SEA 2017 adalah viral terkini sehingga kini kita dah mencecah kutipan emas sebanyak 50 pingat emas.

Kurang sangat aku melihat bendera Malaysia digantung di rumah-rumah. Kurang sangat aku melihat iklan di tv meraikan sambutan Hari Kemerdekaan ini. Kalau dibandingkan sambutan
Hari Raya Aidilfitri telah ditayangkan sebulan awal..Hebatkan..

Tapi mungkin aku hanya mengikut perasaan aku sahaja kot. Mungkin sambutan kemerdekaan ini akan diberikan kejutan oleh rakyat Malaysia pada akhir-akhir waktu jika kita menang 111 pingat emas Sukan SEA 2017.

Hadiah untuk negara tercinta sempena kemerdekaan 2017 ini melalui kutipan pingat Sukan SEA 2017. Itu alasannya maka aku terpaksa terima dengan hati terbuka.

Akhir kata, aku mengucapkan Salam Kemerdekaan 2017 pada semua rakyat Malaysia. Harapan aku tetap tinggi ingin melihat semua bangsa di Malaysia bersatu dan abaikan sikap rasis yang makin menebal di negara ini.amin.

Catat Ulasan

0 Ulasan