Sunpower Snooker Tournament 2017

Sunpower Snooker Tournament 2017

Sunpower Snooker Tournament 2017
Hari ini dengan beberapa anak buah aku sertai Snooker Tournament anjuran tempat kerja aku Sunpower Melaka.

Dengan mata rabak baru balik kerja malam, kami sertai pertandingan ni atas dasar semangat kesukanan.

Kalau aku pilih atas dasar persaingan, memang tak bersaing pun..hihihi. Mana taknya, main snooker sekali setahun, itupun sebab ada tournament...

Jangan mimpi nak menang ler..ahaks. Disebabkan kilang yang anjurkan pertandingan ni dan tahun lepas aku pun ada main. Rugi kalau aku tak sertai Sunpower Snooker Tournament 2017.


Dan memang dijangkakan aku kalah teruk, entah apa hal bola tak mahu masuk lubang. Hawau tuii.

Selepas itu aku amik gambau ler, itupun dengan mood yang kurang cantik sebab mata ni dah nak tertangkup giler..huhuhuhu.

Sedar tak sedar dah pukul 3pm...cepat masa berlalu apabila main snooker ini, muka serius masa berlawan tu masa jauh.

Dalam pukul 3.20pm aku balik sebab aku tak tidur lagi dan sebab sebenarnya, aku dah kalah awal.

Sunpower Snooker Tournament 2017 atas usaha pihak syarikat yang memberi peluang semua pekerja.

Terima kasih pada syarikat menganjurkan Sunpower Snooker Tournament 2017.

Catat Ulasan

0 Ulasan