Tarikh Awal Muharam (Maal Hijrah) Diubah 2017

Tarikh Awal Muharam (Maal Hijrah) Diubah 2017


Tarikh Awal Muharam (Maal Hijrah) bagi tahun ini diubah dari Khamis 21 September kepada Jumaat 22 September.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha berkata, perubahan itu ekoran ralat teknikal yang disahkan dan disemak oleh Panel Falak Jakim yang meneliti semula data bulan Zulhijjah.

“Adalah dimaklumkan perubahan tarikh 1 Muharram 1439H dalam kalendar adalah dari 21 September kepada 22 September 2017,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE

Catat Ulasan

1 Ulasan

sdisde berkata…
PERSOAKAN.
Kalau tarikh 1 Muharam dianjakkan 1 hari. Adakah tarikh cuti Islam yang lain juga berubah sebagai contoh
Israk Mekraj sepatutnya 14 APril 2018 di ubah menjadi 15 April 2018.
Hari raya puasa 15 Jun di ubah menjadi 16 Jun 2018.

Mohon dapat pencerahan.\