Penularan wajah suspek kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung semalam sebelum aku buat artikel, pada mulanya aku cuak gak. Takut salah orang tapi bila aku periksa di Google semuanya sama maka aku pun publish ler..hahahaha.
Dan tadi bila aku baca kat FB, mak bapak suspek nak saman sebab wajah anak mereka ditular di FB. Bahaya gak benda-benda macam ni terutama buat blogger macam kita ini...hahahaha.
Tapi dalam kes kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung ini semuanya benar. Cuma kasihan pada pegawai polis yang sebarkan gambar sebelum sidang akhbar ini.
Kes berprofil tinggi macam ini memang kena hati-hati. Sebab semua orang nak tahu perkembangannya, silap langkah ...peeehhh..boleh kena taji oiiiii... Apatah blogger macam kita ni, dapat jer maklumat. Buat artikel dan post..hahahaha. pageview bro....pageview....
Ini adalah artikel tentang siasatan terhadap anggota polis yang disyaki membocorkan maklumat.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil keterangan daripada 13 anggotanya bagi membantu siasatan berhubung kebocoran maklumat mengenai penahanan suspek kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Rusdi Md Isa berkata, keterangan daripada kesemua anggota berkenaan diambil semalam mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
"Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat berhubung kebocoran maklumat kes berkenaan," katanya kepada Bernama di sini, malam ini.
Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh memberitahu sidang media khas bahawa tujuh remaja berusia 11 hingga 18 tahun ditahan berhubung kes kebakaran pusat tahfiz itu.
Enam daripada mereka positif dadah dan kesemuanya direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.
Bagaimanapun, fakta kes dan maklumat mengenai penahanan suspek serta beberapa gambar suspek telah tular di media sosial sebelum sidang media itu diadakan kira-kira 8 malam.
Pada Khamis lepas, seramai 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden pusat tahfiz itu, terkorban apabila asrama yang terletak di tingkat tiga terbakar pada 5.15 pagi itu
0 Ulasan