Facebook Pages Hanif Idrus Blog Kini 200 Likes.

Facebook Pages Hanif Idrus Blog Kini 200 Likes.


Facebook Pages Hanif Bin Idrus Blog kini 200 likes. Perkembangan Hanif Idrus Facebook Pages yang diterbitkan pada pertengahan Julai hingga kini iaitu dalam anggaran 3 bulan mencecah 200 likes memang agak lembab sebenarnya.

Aku tidak menjemput rakan-rakan di facebook personal untuk likes FB Pages ini sebab malas nak kecoh yang aku mempunyai blog sendiri.

Ramai tak tahu yang aku ni blogger. Yang tahu cuma rakan kerja di kilang lama aku sahaja. Rakan kilang di tempat aku yang baru kerja ramai yang tak tahu. Kalau jemput mesti bertambah kan..hahahaha.

Namun aku tetap usahakan untuk mencapai kedudukan yang baik. Mula-mula pakai advertiser setiap artikel di FB ini. Perkembangan like agak kurang tapi ada penambahan pembaca.

Kemudian buat advertiser untuk likes FB aku ini. Ada penambahan yang baik tapi kosnya agak tinggi. Hingga kini aku perabih RM200 untuk eksperimen ini.

Tapi mentor aku kata tak yah pakai advertiser buat masa sekarang. Dapatkan likes melalui cerita-cerita viral dan kongsi di semua FB pages pihak lain. Kena rajin ler.

Ia berhasil mendapatkan jumlah likes yang baik. Dalam seminggu minimum 3 likes. Sebulan dapat 12 likes..setahun 144 likes..mak oiiii... lembabnya...hahahaha.

Untuk permulaan aku target 200 likes dan syukur alhamdulilah. Target dah dapat.

Next step dapatkan 500 likes dalam 4 bulan. Ini kena buat teknik awak likes saya..saya likes awak. Mungkin cepat sikit bertambah kot..

Dengan pertambahan likes, secara tak langsung, jumlah pembaca Hanif Idrus Blog bertambah. Dahulu ia tepu iaitu 3000 pageview sehari. Kini boleh ler dapat 3500 sehari.

Kalau anda tanya saya, berapa target saya. Aku nak 10,000 likes!!!!. Itu target besar aku.
Mungkin makan tahun kot tapi kita buat ajer ler.

Isikan cerita viral dalam Facebook Hanif Idrus pages dan selitkan link artikel Hanif Idrus blog.
Perlahan-lahan kayuh yooooo....

Catat Ulasan

0 Ulasan