Aku ambil artikel dari FB awek ini tentang scam oleh seorang lelaki yang membawa anak dan meminta wang untuk membeli susu tapi hanya ada RM19.90 dan kurang RM4.00.
Aku terkena semasa balik dari Tesco dengan ibu aku, tiba-tiba datang mamat ini. Aku tak percaya sangat tapi lakonan dia memang terbaik. Siap nangis lagi.
Lelaki ini ada beritahu dia kerja di Kampung Lapan dan mengalami masalah kewangan. Aku kasihan pula lalu aku kasi RM25.00. Malas nak pikiq dan lagi pun aku ada duit, gaji baru masuk...hahahaha.
Aku dan mak aku kata, kalau dia tipu. Biarlah dia dengan Allah. Kita dah niat nak bantu..cukuplah.
Rupanya cam hawau jer..mamat ni penipu. Dah viral kat FB dan aku siap copy dari FB. Biarlah kena tangkap. Hati-hati rakan-rakan yang pergi ke Tesco Melaka dan AEON Jaya Jusco Melaka.
ARTIKEL COPY DARI FACEBOOK.
HATI-HATI DENGAN SCAM!
Masa pergi Aeon Melaka beberapa hari lepas, saya drive seorang dan park kereta di lane 1.
Dari jauh, ada ternampak seorang lelaki berbaju hijau bersama-sama seorang kanak-kanak lelaki yang didukung. Kelihatan seperti bapa dan anak.
Kanak-kanak ini dalam lingkungan umur 4-6 tahun tapi sentiasa didukung sambil seliparnya dipegang oleh "bapa".
Selepas parking, ada terasa instinct untuk tak turun kereta terus. Jadi, saya tunggu dalam kereta sebentar sambil perhatikan lelaki ini.
Lelaki ini jalan mundar-mandir sambil nonstop bercakap on the phone bagaikan sangat busy.
Lepas tu, dia datang ke arah kereta. Masa ni dah mula tak sedap hati and terus make sure kereta dah lock.
Dia mula bercakap dengan saya walaupun tingkap memang tutup rapat. Mula-mula saya cuma geleng kepala dan cuba tak beri perhatian pada dia. Tapi memang dia taknak berganjak.
Masa ni terdetik rasa nak bersangka baik, maybe dia lupa parking kat mana. Terasa kesian dengan budak kecik yang didukung kepanasan kalau betul tak jumpa parking.
So saya turunkan sikit sahaja tingkap untuk mendengar. Lelaki ini bercakap sangat laju. Walaupun suara dia jelas, memang tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Bagaikan sengaja dilajukan percakapan.
Bila cakap tak dengar, dia asyik suruh turunkan lagi tingkap.
Masa ni, automatic naikkan lagi tingkap. Maybe dia panic tengok tingkap makin naik so dia mula cakap dengan lebih perlahan.
Dia explain yang isterinya baru sahaja melahirkan anaknya yang kelima. Dalam tangannya cuma ada RM19.90 dan dia memerlukan duit sejumlah RM23.90.
Lelaki ini menggunakan ayat yang sedih seperti "nak minta duit ni pun rasa malu sebenarnya dengan cik".
Kat sini memang dah mula tak percayakan cerita dia sebab pertama, jumlah duit itu terlampau specific dan pelik.
Kedua, kenapa pulak dia ada dekat Aeon kalau isteri dia baru lepas melahirkan anak? Mana datang duit dia untuk sampai ke Aeon? Ketiga, jarak hospital dari Aeon terlalu dekat dan tak memerlukan RM4 untuk tambang bas.
Saya mula buat suara tegas yang saya tak mahu berikan apa-apa padanya. Lelaki ini buat muka nampak serabut dan tiba-tiba jalan ke arah lain.
Rupanya ada kereta lain yang parking dekat dengan kereta saya. Dalam kereta tu ada 1 family besar dan lelaki yang kelihatan garang. Lelaki baju hijau ni sikit pun tak minta duit pada family ini.
Selepas family tu masuk dalam Aeon, lelaki baju hijau tu jalan ke arah saya balik. Saya cepat-cepat keluarkan kereta dan park di tempat lain.
Selepas keluar semula dari dalam Aeon, saya cuba tengok dari jauh apa yang lelaki ini buat.
Ternampak kanak-kanak itu sedang main lari-lari. Yang "bapa"nya pula sedang minum air (botol dari jauh kelihatan seperti yogurt drink tapi ada kemungkinan salah).
Bila ada orang ramai keluar dari pintu Aeon, lelaki ini cepat-cepat mendukung semula kanak-kanak tersebut sambil bercakap dengan handphone dia balik.
Beberapa cadangan untuk keselamatan:
1. Pastikan pintu kereta sentiasa di lock/kunci.
2. Perhatikan keadaan sekeliling sebelum keluar/masuk kereta terutamanya wanita.
3. Jangan mudah percaya dengan "sad story" orang. Mereka akan target orang perempuan atau orang yang jalan seorang diri.
4. Jangan turunkan tingkap.
5. Kalau boleh, terus undur kereta dan parking jauh sikit dari tempat asal, dan dekat dengan pintu masuk sebab ada pak guard kat situ.
Mungkin orang ini bercakap benar. Mungkin tidak.
Our own safety comes first.
#scam
#melaka
0 Ulasan