Tadi ada terbaca kenangan FB pada tahun 2009, aku mengeluh kerana kilang tempat aku kerja ambil beberapa pekerja asing dari Vietnam, Nepal, Cambodia dan Myammar.
Dalam tahun- tahun sebelumnya semua pekerja asing dari Indonesia. Memang mudah sebab dari segi bahasa tiada kekangan. Malah kita tidak perlu risau tentang kedatangan mereka, sebab mereka tak pernah ponteng macam orang-orang kita ni.
Sebab tujuan mereka datang untuk bekerja dan tiada sanak saudara yang perlu di risaukan. Tetapi local pula, ada ibubapa, sanak saudara dan macam-macam hal lagi, sebab itu kedatangan pekerja local agak kurang memberansangkan.
Malah orang local ni pun banyak penyakit, tiap-tiap minggu ada sahaja yang hantau sms kata demam, cirit birit dan pelbagai penyakit lain.
Memang selesa menjaga pekerja asing ini. Tetapi secara tiba-tiba syarikat aku nak ambil pekerja dari negara lain. Pada tahun tersebut kerajaan Malaysia memang buka peluang pekerja asing dari beberapa negara kerja di sektor perindustrian yang selama ini di penuhi pekerja Indonesia atau Bangla.
Mengamuk sakan ler kita orang. Terutama dari segi bahasa yang paling teruk. Satu benda pun mereka tak faham, bahasa inggeris pun tak faham. Kedua mereka pun tak pandai menulis apatah lagi komputer. Siapa nak updated check sheet yang berlambak di production.
Pekerja asing yang paling leceh jaga ialah Myammar. Aku pula dapat semuanya lelaki, dulu semua perempuan. Kejutan budaya juga ler..hehehe.
Masalah utama mereka ialah mereka ini grouping atau semangat berkumpulan amat kuat. Kalau kau tegur satu orang, esok semua tak datang..
Pada tahun 2009, aku dulu agak ganas. Biasalah darah muda. Kasi basuh dan pancung ketua dia orang, terus setel masalah grouping Myammar.
Satu lagi masalah Myammar dan Nepal ialah dia orang suka kunyah tembakau. Disebabkan dia orang ni kumpulan pertama masuk ke Malaysia, penat juga aku ajar dia jgn kunyah tembakau di tempat kerja.
Bila bercerita tentang Nepal pula. Aku suka mereka sebab otak dia cepat pick up. Ajar sikit sahaja terus faham. Bila kau ajar satu prosedur kerja, mereka akan ikut tanpa melanggarnya. Kebanyakkan Nepal yang datang ke Malaysia semuanya ada pelajaran yang agak tinggi, oleh itu bahasa inggeris dia orang faham.
Tapi masalah dengan Nepal ni pula, bila dah pandai dia ajau kau pula. Ni yang aku paling tak suka.
Tapi kini dah 8 tahun berlalu, masa aku dulu, kesemua pekerja asing ini kecuali Indonesia adalah generasi pertama ke Malaysia dalam bidang perindustrian.
Sekarang rata-rata semua dah boleh cakap bahasa Melayu dan bila dah lama di Malaysia, perangai buruk orang Malaysia pun dia orang ikut...hahahaha.
2 Ulasan
Yang paling degil bangla, yg paling mudah diajar nepal dan yang paling susah faham Myanmar.