Kucingku Bernama Gemok Telah Hilang

Kucingku Bernama Gemok Telah Hilang

Kucingku Bernama Gemok Telah Hilang

Telah hampir sebulan aku dan isteriku merindui seekor kucing iniyang bernama Gemok. Aku pernah buat artikel mengenai kucing aku ini bernama Gemok. Baca sini

Teringat kali pertama perkenalan kami berdua. Sering di baling dengan kasut dan dibaling keluar gara-gara suka sangat masuk ke dalam rumah. Malah pernah siram air kat dia..hahahaha. Tapi Gemok ini jenis kucing tak dengar kata, dia datang juga rumah aku. Jahat aku kan..

Setelah berbincang secara serius dengan wife aku, kami bersetuju membeli makanan kucing dengan tujuan senang halau dia kalau dia masuk rumah. Umpan dengan makan dan dia ikut lalu kunci pintu. Kasihan pula nak baling dia.

Lama kelamaan setiap hari kami memberi dia makan dan darikampit kecil ke kampit yang besar sedikit. Tidak beberapa kemudian, dia makin manja pula dengan kami.

Setiap kali aku balik rumah, mesti dia berlari mengejar aku dan gesel-gesel bulunya yang tebal kat kaki aku.  Biasalah nak makanan. Lepas tu dia tunggu depan pintu rumah, standby nak masuk rumah. Pada mulanya aku tak kasi masuk. Tapi lama-lama, aku kasi masuk juga. Itulah rutin si Gemok ini setiap hari,

Isteri aku pun dah malas nak halau dia. Sampai satu tahap dia siap lelap kat sofa dan nak kejutkan dia punyalah leceh. Buat muka malas dan mengada-ngada. Ada lagi, tahap yang paling best dia siap lelap kat atas kabinet tv. Pehh..itu yang paling leceh nak mengangkatnya. Kau panggil dia buat bodoh ajer...

Bila dia dah sedar, dia ronda satu rumah dan masuk setiap bilik. Lepas tu dia baring sebelah kau pula. Cakar-cakar manja kaki kau. Aku buat dek ajer ler.. Malas nak layan dia.

Yang bagusnya tentang Gemok ini, kalau kau makan. Dia tak pernah datang kacau kau. Dia lihat sahaja. Kalau kucing lain, mesti nak makan punya. Hebat tak Gemok ini.

Rindu sangat aku kat Gemok ini...huhuhuhuh.
Aku kongsikan gambar Gemok kat kau orang. Lihatlah sendiri dan nilai kenapa aku sayang ketat-ketat kat dia...

Kucingku Bernama Gemok Telah Hilang
Standby nak masuk rumah. 

Kucingku Bernama Gemok Telah Hilang
Bila Tidak dilayan

Kucingku Bernama Gemok Telah Hilang

Kucingku Bernama Gemok Telah Hilang
Merayu nak makanan. Macam tupai..

Catat Ulasan

2 Ulasan

Sayangnye dah hilang 😢

nuyunashoppe.blogspot.com
Zulham Efendi berkata…
pelihara kucing rasanya kayak nao-nano (permen di Indonesia yang rame rasanya) kadang asyik, kadang bikin kesal kalau sudah buang air sembarangan....