Remaja Seluar Dalam Biru Pukul Ibu Mohon Maaf.

Remaja Seluar Dalam Biru Pukul Ibu Mohon Maaf.


Remaja viral yang memukul ibu telah memohon maaf dan mengakui perbuatannya.

Menerusi sebuah rakaman video telah memperlihatkan remaja itu mencium tangan ibunya dan memohon maaf berulang kali.

Memetik laporan Metro, ibunya, Umisarah Manaf, 36 dan bapanya, Mohammad Nasir Budori, 39 sudah memaafkan perbuatan anaknya itu.

Menurut ibunya, remaja itu yang lebih banyak mendiamkan diri dan mengalami sedikit masalah pembelajaran. Pemikirannya terganggu selepas memberi keterangan kepada pihak polis.

“Dia (anak) tak pernah buat macam tu sebelum ini. Ini kali pertama lah. Saya terkejut sebab dia buat macam itu sebab dia anak yang baik..dengar cakap. Saya tak sangka dia tiba-tiba jadi panas baran sampai macam itu sekali. Sebelum ini dia jentik cubit saya pun tak pernah,”kata Umisarah.

Sebelum itu, Muhammad Shukrey Mohammad Nasir,15, yang memukul ibunya beberapa kali menggunakan tangan itu dirakam meminta maaf kepada ibunya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

Terdahulu, Rakaman video itu memaparkan remaja terbabit memakai pakaian seragam sekolah dengan keadaan butang baju terbuka serta seluar terlondeh itu memukul sambil memaksa ibunya untuk memberikan wang.

Video berdurasi 42 saat itu menerima pelbagai reaksi netizen di laman sosial.

Nak tgk video klik sini.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=491382531220632&id=334186280273592

Catat Ulasan

0 Ulasan