Tingkatkan FB Pages Anda Melalui Video Viral

Tingkatkan FB Pages Anda Melalui Video Viral



Sah!!! 3 eksperimen yang saya lakukan untuk mengesahkan teori rakan dan mentor untuk FB Pages Hanif Idrus Blog iaitu saudara Nizam adalah benar.

Teori yang diberitahu pada saya ialah masukkan video yang viral dan kemudian ubahsuai sedikit tajuk dan postkan semula di FB Pages anda. Ia tidak semestinya video tetapi termasuk artikel.

Namun impak yang terbaik ialah melalui video. Ini adalah rumusan atau kaji selidik yang dilakukan oleh pakar FB.

Dan hari ini aku dapat melihat satu video viral berkenaan Yusof PPIM bertumbuk dengan Scammer Perumahan Omar. Hingga kisah ini diterbitkan di rancangan Melodi.

Ini satu peluang yang baik kerana isu ini tengah panas. Melalui video yang ditunjukkan oleh rakan-rakan FB hanyalah video tetapi tiada artikel.

Maka saya ubahsuai dengan masukkan video dan artikel serta ubahsuai sedikit tajuk FB video viral ini.

Ianya berjaya dan dalam masa 11 jam saya berjaya mendapatkan 2.4K view serta 38 share. Power tak..hahahaha. Tetapi likes FB masih kelal 194 likes.

Sebelum ini saya pernah masukkan video tentang James Maa menari tarian Micheal Jackson. View yang baik juga .

Sedikit demi sedikit kita belajar teknik FB ini. Nasib baik ada rakan yang ajar saya. Setiap ilmu perlukan guru..betul tak.

Kena terus berusaha naikkan likes. Senang hati melihat perkembangan FB Pages Hanif Bin Idrus...hehehehe.

Kalau rajin saya mohon, rakan-rakan like FB pages saya di sebelah ini. Saya amat serius ingin memajukan dan naikkan FB Hanif Bin Idrus Blog sebagai wacana untuk sampingan Hanif Bin Idrus Blog.
Terima kasih ...

Catat Ulasan

0 Ulasan