Dulu masa mula-mula berblogging adalah suka-suka dan kemudian ia menjadi minat dan kemudian ia menjadi satu disiplin buat aku.
Boring juga rasanya kalau aku tak berblogging, tak tahu bagaimana nak eksprisi kan diri ini . Dengan adanya blog Hanif Bin Idrus ini, aku boleh menulis apa sahaja janji jangan langgar undang-undang.
Dunia blogging dah sebati dengan aku. Dan kini sibuk pula nak boost up kan Hanif Bin Idrus blog menggunakan FB Pages Hanif Idrus.
Tujuan aku kini hanya satu, untuk berikan Hanif Bin Idrus blog dan jika FB Pages Hanif Idrua banyak like kepada anak-anak aku.
Dengan zaman industri yang sedang menuju ke industri digital maka kita perlu persiapkan sesuatu untuk anak aku. Alang-alang aku dalam bidang ini dan dalam masa beberapa tahun FB Pages Hanif Idrus akan mencecah target, tak yah pening-pening anak aku nak mulakan, cari produk yang sesuai dan jual dengan guna pakai FB Pages Hanif Idrus.
Kalau tanya pada aku, aku memang tak minat berniaga dan masa pun tak mencukupi. Dan lagi pun ilmu aku dah tahap tepu dalam bidang digital ini.
Ini adalah mainan remaja pada masa kini. Kita hanya sediakan platform yang sesuai untuk mereka. Dan harapan aku, anak-anak aku boleh kembangkan blog Hanif Idrus dan FB Pages. Kalau mereka nak tukau nama pun itu hak mereka. Takkan hilang aku punya pageview dan like.
Melalui blogging, mereka boleh berkembang dengan menyertai paltform atau seminar blogger yang sering ada tapi aku tak pernah pergi untuk belajar.
FB kini pun dah ada kelas, mereka boleh mencari ilmu optimumkan ilmu mereka dengan sertai kelas-kelas ini.
Ini adalah zaman anak-anak aku, bukan zaman aku lagi. Itupun kalau mereka berminat, kalau tak mungkin lepas aku pencen baru aku cuba ler..hahahaha. Tetapi menyamar ler, profil anak remaja janji boleh jual produk....ahaks.
Itulah tujuan aku. Aku tak mahu anak-anak aku bersusah payah mencari rezeki macam aku ini. Dunia digital akan menjadi industri utama Malaysia. Platform dah ada, ilmu kena keluar modal. Aku boleh keluarkan. Tenaga itu datangnya anak-anak muda ini.
0 Ulasan