Hotlink Red Pass 8GB dan 10GB Untuk Gila Internet

Hotlink Red Pass 8GB dan 10GB Untuk Gila Internet


Kini hotlink ada buat pakej baru untuk pengguna prepaid yang gila internet macam aku ni.

Dulu dengan budget 5GB yang berharga RM50 aku mampu bertahan selama sebulan. Dan kini tak sampai 1 bulan aku dah habis pakai kuota internet 5GB aku ni.

Ini semua gara- gara aku mempunyai FB Pages Hanif Idrus Blog. Memang internet berdesut laju ler pakai. Belum lagi dikira buka video kat FB.

Sebagai blogger, data internet memang wajib ada kat handphone. Mesti on 24/7. Bila ada idea terus tulis, macam situasi sekarang ini.

Tengah minum petang, ada idea nak tulis artikel ini. Belum lagi dikira 2 blog aku yang kena maintain dengan artikel dan gambar. Penat jadi blogger ni...hahahaha. Kaya tak kaya juga. Hobi ler.

Hotlink Red Pass 8GB dan 10GB menawarkan satu sahaja kelebihannya. Tambahan kuota internet bukan kelebihan sebab kau kena bayar lebih kan kalau amik lebih data. Untuk 8GB kena bayar bulanan RM60 dan 10GB RM70.

Cuma kelebihannya ialah kalau telepon semua panggilan no adalah percuma. Unlimited call network...pehhh...

Tapi ia juga tak beri aku apa-apa kelebihan sebab aku jarang menelepon, lebih kepada what apps jer. Dan aku rasa semua orang pun macam aku juga kan. Kurang menelepon orang kecuali telepon mak kita ler yang tak faham internet ni..hahahaha.

Hotlink tak rugi apa-apa pun buat pajej ini. Tapi aku betul-betul perlukan data internet maka aku cuba ambil 8GB dengan RM60.

Kalau tak cukup kena ambil 10GB pula. Aku pun tak faham kat hotlink ini, buat sahaja ler pakej free surf FB sama tonton video. Mesti meletup.

Bisnis biasalah ler. Nasib baik kilang aku kerja, line telepon lain tak baik kecuali Maxis.Kalau tak mahu juga cuba line lain...hehehe

By the way, Maxis aku suka juga. Banyak reward aku terima sejak install aplikasi Hitkink Red untuk check baki dan internet.

Thanks Maxis sebab kasi free call dan up kan data internet. Kalau boleh buatlah satu pakej dengan unlimited data internet kelajuan tinggi. Kan senang aku bayar satu kali. Tak yah nak add on setiap kali habis data..hehehhehe.

Catat Ulasan

0 Ulasan