HotlinkMU Tawarkan Data Internet Giler

HotlinkMU Tawarkan Data Internet Giler


Hotlink MU adalah satu lagi kemudahan yang diberikan kepada pelanggan Maxis. Kali ini ia memberi pilihan kepada pengguna jumlah data internet yang besar sehingga bergiga byte..

Perbezaannya ialah HotlinkMU menawarkan penggunaan dalam harian bukannya bulanan. Seperti aku mengambil kuota 10GB dengan bulanan RM60. Tetapi pada hari itu aku teringin nak download movie yang memerlukan sebanyak 2GB, so aku boleh beli HotlinkMU bernilai 2GB untuk 3jam.

Maka aku boleh beli 2GB tersebuat tanpa mengganggu pelan bulanan yang sedia ada. Itulah tujuan HotlinkMU. Aku rasa ler....hahahha.

Walau bagaimanapun bagus juga ler, Maxis ada buat perubahan yang baik. Dari segi pemberian percuma harian 1GB selama 1 jam serta percuma 1GB untuk setiap hari Sabtu dan Ahad masih tidak memuaskan hati aku.

Sebagai pengguna internet dan laman sosial, aku rasa Digi masih terbaik kerana ia mesra FB. Ia mempunyai pelan yang memberi layaran percuma kepada pengguna Digi. Kadang-kadang jeles lak aku tengok bini aku main FB sambil tengok video.

Aku nak tengok video pun tak boleh banyak-banyak, takut data habis walau pun aku ada 10GB..hehehehe.

Nasib baik tempat kerja aku tak der line Digi, kalau tak Digi pilihan aku. Untuk Maxis, aku harap kau orang perbaiki lebih baik memberi tawaran kepada pengguna Maxis. Sekarang ini pun banyak syarikat yang memberi perkhidmatan internet semakin lama semakin baik. Itu pendapat aku.

Aku harap anda semua faham perkhidmatan terbaru hotlink iaitu HotlinkMU. Ada pro dan kontra untuk setiap pakej yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi. Itu hak anda untuk memilih..





Catat Ulasan

0 Ulasan