Macam-macam hal zaman sekarang ini. Perempuan zaman sekarang terlalu terbuka dalam luahkan emosinya. Dah kurang malu ehhh silap...tak tahu malu.
Istilah ovari meletup atau ovari explosion tengah hangat digunakan di media sosial. Yang mulakan perempuan ler....ahaks
Apa maksud ovari meletup. Sila baca dibawa. Aku letak bahasa inggeris sebab ia datang dari barat. Kan kita semu suka ikut stail barat.
A descriptive term indicating that someone is so attractive or hot, or that something is so extremely pleasurable that it causes a woman to produce so much estrogen her ovaries explode.
Istilah deskriptif yang menunjukkan bahawa seseorang itu sangat menarik atau panas, atau sesuatu yang sangat sangat menyenangkan yang menyebabkan seorang wanita menghasilkan banyak estrogen ovari yang meletup.
Pendek kata ovari meletup ialah perempuan yang terlalu miang dan gatal. Tak ler nak kawal nafsu dia..
Adakalanya nak buat kelakau atau gimik ada hadnya tapi janganlah permain ayat-ayat macam ini.
Ya, anda dianggap terbuka tapi orang pandang rendah kat kau. Keistimewaan wanita adalah lemah lembutnya. Kalau kau dah terkedik-kedik tengok jantan, apa bezanya kau dengan lelaki. Lelaki pun tak akan hormat kau.
Lelaki akan layan kau tapi punyai niat lain. Hentikan ler gimik ovari meletup kau tu.
Sekadar dapat juta like kat FB, itu yang kau nakkan. Banggang.
Untuk blogger pula aku lihat. Pehhhh....artikel semua guna keyword panas ovari meletup.
Sebagai blogger atau penulis artikel, tanggungjawab sosial kita adalah tinggi.
Pena yang ditulis punyai kuasa dalam mempopularkan sesuatu istilah. Apatah lagi ditulis oleh blogger terkenal. Kejap ajer dah viral.
Anda nak viralkan ovari meletup ini apakah anda akan dapat. Malah istilah ini nanti akan jadi sinonim dalam masyarakat kita dan akhirnya tiada peliknya.
Itu cita-cita anda? Hentikan ler kerja yang tak berfaedah ini. Buat dosa ajer popularkan istilah kotor sebegini. Geli lerrr...
Saya harap semua pihak hentikan menggunakan istilah ovari meletup ini. Sekarang ni pun bangsa Malaysia islam banyak dah jauh tersasar. Manusia akhir zaman kan.
Takkan nak tambah lagi benda-benda macam ini.
Hoi..bro Hanif itu ayat sahaja ler bukannya suruh berzina atau hisap dadah.
Kalau kau cakap macam tu kat aku. Memang cetek ler otak kau. Kalau anak perempuan kau tulis kat FB berstatus 'pehhh ovari meletup lihat mamat ini' dan kau boleh tersenyum. Gua tabik lu.
Maaf jika ada yang terasa atau marah. Salah tetap salah.. itu prinsip aku..
0 Ulasan