What apps kini ada "Share Live Location"

What apps kini ada "Share Live Location"

Kini what apps telah menambah baik aplikasinya dengan menambah "share live location".

Tujuan "share live location" adalah untuk mematikan atau mengesahkan istilah OTW atau ayat popular on the way.

Melalui aplikasi ini kawan kau boleh tahu anda berada dimana pada saat anda klik "share live location"..hahahahaha.

Malah anda boleh memilih lokasi anda untuk dilihat oleh rakan anda selama 15 min, 1 jam atau 8 jam.

Memang bahaya benda ini. Aku boleh kata hawau tuiiii...

Aku memang terkenal dengan mengencing rakan-rakan mengguna ayat otw. Dengan aplikasi ni, kalau mereka minta aku "share live location" mati aku. Tak bagus untuk orang-orang macam aku ni atau penduduk Malaysia tipikal macam aku ni yang sering lewat.

Kedua ialah ia boleh sharing maksima 8 jam!! Lagi bahaya sebab kalau kau nak menipu bini kau. Memang tak dapat ler.

Isteri telepon" abang kat mana ni"
Suami" Abang kat kedai mamak ni tengah makan sama kawan-kawan"
Isteri " Lepas ni nak kemana"
Suami" Lepak rumah Hamid lepas ni, nak tengok baby baru dia"
Isteri " OK, tapi abang pastikan on "share live location" untuk 8 jam yerr"

Mati!!! Padahal lepas minum, nak lepak pi karaoke dengan geng. Kasi basah tekak dengan lagu evergreen 90an. Tak jadi ler sebab kalau isteri aku refresh map "share live location" mesti aku kantoi...huhuhuhu.

Inilah aplikasi what apps terbaru iaitu "share live location".
Apa pendapat anda.

Share Live Location
PILIH LINNK DAN TEKAN LOCATION 
Share Live Location
DI LOCATION PILIH SHARE LIVE LOCATION 
Share Live Location
INILAH BENTUK SHARE LIVE LOCATION. ANDA BOLEH STOP KALAU MAHU..HEHEHE

Catat Ulasan

1 Ulasan

mrhanafi.com berkata…
Saya tak mahu Guna.

Nanti awek cari saya ..

Lebih baik off line . Jika nak ke mama mama kecuali ada urusan penting