Apa Itu AMP Blog Templates

Apa Itu AMP Blog Templates

Salam semua. Menjadi blogger perkara paling payah apabila Google membuat penambahan dalam algrotimanya.

Kini kecoh semua bercerita tentang AMP blogger. Kalau nak tahu saya ada ambil artikel dari blogger bilalelakiberbicara yang menjelaskan lengkap apa itu AMP Blog.

Kalau anda tengok blog aku sekarang ini agak bercelaru sebab aku dah mencuba AMP blog dan secara peribadi ia merugikan aku dari segi iklan.

Itulah impak paling kuat. Revenue kau konpem jatuh berdebuk. Tak ada ruang nak masuk iklan..
Gambar pula bila tengok kat mobile, jadi besar.

Bila dipikirkan, banyak kerja kena lakukan. Baik aku pakai blog responsif dahulu.
Ini pendapat aku. Apa kata anda baca dan nilaikan kekurangan dan kelebihan yang ditulis oleh blogger ini.

Sumber; http://www.bilalelakiberbicara.com/2017/10/amp-blogger-template-kelebihan-dan.html

Jika anda mengikuti perkembangan dunia IT, pasti anda akan mengetahui berkenaan Projek AMP. AMP adalah singkatan kepada Accelerated Mobile Pages (AMP) di mana ianya Open Source Project oleh Google untuk menyediakan kandungan optimum mudah alih yang boleh memuatkan dengan kadar lebih pantas di mana-mana sahaja Pada zaman ini, semua perkara mahu dilakukan dengan pantas. Kelajuan internet atau pengangkutan sebagai contohnya kerana masa itu adalah emas.

Apabila pelayar internet membuka sesebuah laman web, mereka tentunya tidak mahu menunggu terlalu lama. Sekiranya "loading" sesebuah portal atau blog perlahan, ia akan membuatkan pelayar menutup tanpa membaca. Oleh itu, kepantasan sesebuah blog perlu diambil perhatian sewajarnya oleh pemilik blog. Ujian kepantasan perlu diuji sama ada melalui komputer, laptop, telefon bimbit dan sebagainya. Jadi apakah fungsi AMP Blogger Template ini?

Sebelum saya mengetahui apakah kelebihan dan kekurangan menggunakan AMP Blogger Template, saya sangat berminat untuk mencari template yang sudah sedia bercirikan AMP Template. Hal ini kerana semakin laju "loading" sesebuah blog, semakin berkurangan potensi pengunjung blog menutup tanpa membaca. Maka apa yang saya cuba sampaikan kepada pembaca tidak akan mencapai objektifnya. Kita tidak boleh memaksa mereka untuk menunggu. Secara zahirnya, blogger menawarkan perkhidmatan dan perkhidmatan sepatutnya memudahkan pengguna.

Rata-rata template blog pada masa ini menggunakan XHTML template yang tidak menyokong AMP HTML Tags. Walau bagaimanapun, terdapat juga web designermenawarkan AMP Template. Saya sudah cuba menggunakan template percubaan bercirikan AMP namun terdapat kelebihan dan kekurangan apabila anda menggunakan AMP Template.

Kelebihan AMP Template

Loading AMP Template lebih pantas. Ya, benar disebabkan itu adalah salah satu objektif projek AMP ini dilaksanakan. Sebelum wujudnya AMP Template, ramai blogger telah menukar template blog kepada jenis responsif (Responsive Blog Template) dengan paparan disesuaikan mengikut pelbagai jenis gajet.

AMP Template meningkatkan ranking. Semakin pantas dan memudahkan pengunjung, semakin digemari dan semakin kerap juga pengunjung melayari kembali halaman sesebuah blog. Hal ini membantu meningkatkan ranking sesebuah web, portal mahupun blog. Mengikut contoh sumber menyatakan bahawa blog yang menggunakan AMP Template mampu meningkatkan ranking dan trafik organik sebanyak 23%.

Kadar pageviews meningkat. Sudah tentu, semakin tinggi jumlah pengunjung sesebuah blog, kadar Pageviews sesebuah blog akan meningkat juga. Apabila pengunjung selesa dengan kelajuan blog dan artikel di dalam sesebuah blog, potensi mereka membuka lebih daripada satu artikel adalah tinggi. Seperti yang saya katakan tadi, masa adalah emas bagi pengunjung blog.

Kekurangan AMP Template

Kadar pendapatan Publisher melalui iklan akan menurun. Setiap blog yang bergantung sepenuhnya kepada pendapatan iklan melalui Publisher akan mendapat kesan yang paling ketara. Dikatakan ianya akan menurunkan kadar pendapatan Publisher. Tambahan lagi hanya Google Adsense sahaja yang menyokong AMP Template manakala yang lain tidak dapat digunakan memandangkan Adsense adalah produk keluaran Google.

Widgets dan Plugins tidak boleh dipasang. Banyak Widgets dan Plugins yang menjadikan blog kelihatan menarik tidak dapat dipasang pada AMP Template melainkan Javascript yang disediakan oleh Google sahaja. Lebih-lebih lagi Javascript daripada Third-Party. Hal ini termasuklah Widget di sidebar (ruang tepi) yang biasa digunakan oleh kebanyakkan blogger pada saat ini.

AMP Template tidak menyokong Blogger Comment Form. Hal ini yang paling sukar bagi saya memandangkan tidak ramai blogger menggunakan komen Facebook, Disqus dan Google+ sebagai pilihan Comment Form. Namun jika ditakdirkan pada masa hadapan ianya adalah satu kemestian daripada Google+, maka hilangkan beribu komen yang ada dalam blog kecuali diintergrasikan kepada Comment Form yang lain.

Blogger Template Editor tidak boleh digunakan lagi. Melalui AMP Template, anda tidak boleh melakukan pengubahsuaian pada template seperti sekarang jika menggunakan blogger. Tiada b:skin tags and b:template-skin tags lagi pada AMP Template.

Setiap gambar yang terdapat pada artikel perlu diubahsuai. Jika anda mempunyai 3000 entri dan setiap entri mempunyai sekurang-kurangnya 2 gambar, maka anda perlu edit sebanyak 6000 gambar supaya ianya menyokong AMP Template daripada kepada . Banyak masa akan dikorbankan bagi tujuan ini. Hal ini juga termasuklah video dan sound yang terdapat dalam blog. Semua sekali perlu di edit supaya ianya berjaya dipaparkan di dalam blog.

Paling menyedihkan urusan jual beli yang menggunakan Add-To-Cart tidak dibenarkan lagi. Amat malang kepada mereka yang menggunakan blog sebagai medium menambah pendapatan. AMP Template tidak membenarkan perkara itu dilakukan.

Email Subscription tidak dibenarkan. Memandangkan beberapa fungsi onclick, action, onsubmit, onfocus, onblur tidak dibenarkan pada AMP Template.

Catat Ulasan

0 Ulasan