IKEA Johor Bahru Diserbu 20 Ribu Orang Tanda Rakyat Malaysia Susah

IKEA Johor Bahru Diserbu 20 Ribu Orang Tanda Rakyat Malaysia Susah


Baca dulu petikan kecil dari suratkhabar tentang 20 ribu orang serbu IKEA Johor Bahru. Hebat IKEA atau hebat rakyat Malaysia.
Lebih 20,000 pengunjung menyerbu gedung perabot dari Sweden yang terbesar di Asia Tenggara dan pertama di selatan tanah air, IKEA Tebrau yang dibuka kepada orang ramai hari ini.
Biarpun hari ini merupakan hari bekerja, namun gedung perabot tersebut menjadi tumpuan orang ramai dan mula diserbu ribuan pengunjung khususnya penduduk bandar raya ini apabila dibuka secara rasmi pada pukul 10 pagi.

Apa yang dapat kita katakan tentang artikel kat atas ini. Rakyat Malaysia adalah bangsa yang sabar kerana sanggup beratur hanya untuk pergi ke IKEA. Kita setaraf dengan sikap orang Jepun. Dasar Pandang Ke Timur memberi hasil.
Rakyat Malaysia adalah penjana ekonomi kerana mereka sanggup berbelanja pada semua shopping dalam negara agar aliran wang negara dalam negara bergerak. Hebat pemikiran ekonomi rakyat Malaysia.
Malaysia adalah negara yang kaya kerana rakyat masih boleh berbelanja pada tengah-tengah bulan ink. Gaji lambat lagi tapi mampu berbelanja. Oleh itu mitos gaji habis sebelum tengah bulan bagi kebanyakan rakyat Malaysia adalah bohong. Rakyat kita kaya bohhhh....
20 ribu orang  bukan satu jumlah yang kecil yer. Beratur pula.....mesti sesak kat dalam tu penuh dengan orang. Tanda rakyat Malaysia ini wangi-wangi belaka. Yalah, kalau himpit-himpit badan macam bau bangla mahu ada kes pengsan ...hahahaha. Hebat orang Malaysia, semuanya wangi.
Harga minyak naik semua rakyat Malaysia macam meroyan rupanya jenaka. Kita tak kisah apa ler bezanya naik 7 sen atau 10 sen, bukannya impak.  Ingatkan akan cuba kawal belanja rupanya perabih kat IKEA. Cuma rakyat kita suka berjenaka dengan kerajaan pemerintah. Orang Malaysia memang pelawak sebab tu Astro makin lama makin ramai koleksi juara pelawak. Contoh Haridth Islandar pelawak terbaik dunia. Kita terhebat...aku tertipu. Kasihan Najib..lawak dia orang kasar sangat pada awak. 
Tu ajer aku nak tulis. Jom lihat gambar rakyat Malaysia berpusr-pusu ke IKEA. Abaikan tajuk artikel..nak kasi gempak jer...huhuhu

I love Malaysia.
IKEA Johor Bahru Diserbu 20 Ribu Orang Tanda Rakyat Malaysia Susah


IKEA Johor Bahru Diserbu 20 Ribu Orang Tanda Rakyat Malaysia Susah

Catat Ulasan

0 Ulasan