Pada 3 hingga 5 December 2017 adalah tarikh team building crew kami iaitu Crew E Sunpower FE1 Fab3 menjalankan aktiviti tahunan bersama pekerja.
Memang agak lambat kerana pada hujung tahun 2017 baru nak buat sebab kos ke sana agak mahal maka terpaksa buat kutipan bulanan. Itu yang terpaksa tunda hingga hujung tahun.
Pada kali ini kami buat lawatan ke Langkawi bersama Crew department lain. Untuk pengetahuan aku Crew E FE2 dan rakan aku pula Crew E FE1. Crew sama tapi lain division. Abaikan statement aku ni jika anda tak faham..hahahaha.
Boleh baca:
Hari Pertama Team Building Crew E Di Langkawi
Hari Kedua Team Building Crew E Di Langkawi
Masalah apabila membuat trip bersama ini ialah komunikasi. Terutama ada 2 orang ketua yang masing-masing betul dan ada yang buat tak tahu. Inilah masalah kalau bergabung buat projek ini.
Mula-mula tu ada masalah tapi sekarang semuanya dah selesai dan hanya tinggal menunggu waktu.
Bas dan tiket semua dah selesai. Cuma pembayaran terakhir belum selesai..hehehe.
T shirt pun dah dapat semalam, gambar kat atas tu snap dari TShirt ler. Banner pun dah siap.
Lawatan wajib kami ialah ker akuarium, bot helang dan kereta kabel. Semua tiket masuk sudah dikira dalam kos kami ini. Senang sikit, kasihan budak-budak ini kat sana nak kena keluar duit lagi.
Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik.amin.
0 Ulasan