Pada tarikh 29.11.2017, kilang tempat aku bekerja ada menganjurkan makan malam untuk pekerjanya di Hattan hotel dengan tema Black And White atau bahasa melayu nya ialah hitam dan putih.
Nasib baik aku ada baju hitam dan sedikit jalur putih beli masa Hari Raya Aidilfitri dulu..pehhhh. Pakai dengan seluar jean hitam, hensem juga aku ini....ahaks.
Annual Dinner Sunpower Malaysia 2017 ialah acara yang ditunggu oleh semua pekerja sebab tahun lepas kami tiada annual dinner...huhuhuhu.
Annual Dinner Sunpower Malaysia 2017 yang menarik pada pandangan aku ialah photo booth yang berbentuk 3 dimensi. Sebagai photografer aku tabik orang yang membuat photo booth ini.
Tahun ini kami tiada artis namun hos jemputan iaitu Helmi memang kelakau. Kalau dia tak der memang bosan giler ler.
Cuma tahun ini kami tak dapat nak sambut sangat sebab esok pagi kerja... tu kena rileks jer kat meja. Kamera pun aku tak bawa..
Cuma yang tak bestnya ialah kedudukan meja kami belakang tembok. Rosak mood, tak dapat tengok pentas.
Yang bestnya aku dapat lucky draw dengan membawa pulang vouncher Jaya Jusco sebanyak RM300... Tapi kegembiraan ini hanya sementara sebab ia bertukar ke bini aku..hehehehe.
Jom tengok gambar kami.
0 Ulasan