Hari Pertama Team Building Crew E 2017

Hari Pertama Team Building Crew E 2017

 



Tahun ini team building Sunpower Crew E bergabung dengan FE2. Seperti biasa kami berkumpul di kilang Sunpower Melaka. Dan macam biasa janji pukul 9.30pm tapi bergerak pukul 10pm.

Sepatutnya tiba di Jeti Kuala Perlis pukul 7.30am tapi kesesakan teruk di Simpang Empat hingga Seremban membuatkan kami kelewatan tiba ke Jeti Kuala Perlis pukul 9am.

Maka kami naik feri pada pukul 10am dan tiba di Jeti Langkawi pukul 11.30am.

Tempat pertama kami ialah ke pembuatan minyak gamat. Iti aktiviti biasa kalau ke Langkawi. Ada juga budak-budak aku yang beli.
Kami singgah sekejap sahaja memenuhi jadual kami.

Hari Pertama Team Building Crew E  2017

Kami terus melakukan aktiviti kami ke SkyCab Langkawi.
Di sana kami mengambil pakej naik SkyCab dan juga mendapat pakej ke 3D Art dan juga Sky Dome. Aku tak sempat ke Sky Dome. Semua pembelian tiket diuruskan oleh agen bas.

Namun malangnya ada pula masalah lain timbul iaitu tiket untuk pekerja asing tak valid sebab dibeli menggunakan pas warganegara Malaysia.

Sikit lagi aku naik angin sebab semua urusan harus diselesaikan oleh agen. Bukan masalah aku. Akhirnya semuanya selesai dan kami bergumbira.

Aku masuk ini dah 2 kali naik cable car Langkawi so tak teruja sangat ler. Lagi pun cuaca panas bangat, mood kurang dan ditambah pasal tiket tadi.

Hari Pertama Team Building Crew E  2017
Yang aku teruja ialah pergi ke 3D Gallery, kalau 3 D maksudnya ialah boleh buat aksi yang melucukan. Memang best 3D Gallery Langkawi, salah satu tempat wajib pergi.

Kalau lepak di Skycab memang penuh satu hari kalau kau bersantai. Tapi kami tak bersantai, kami adalah team building ekspress.

Dari malam kami gerak hingga ke pukul 8pm keesokkannya kami tak mandi....ahaks.

Selepas habis di SkyCab dalam pukul 5.40pm, kami bergegas ke Kilim GeoPark iaitu bot helang lee.. Tapi hujan pula dan angin kuat..kensel ler.

Kami pergi pula ke Billion Mall beli coklat dan makan McDonald plak. Selepas itu kami balik rumah penginapan dan tidur.
Hari Pertama Team Building Crew E  2017
Aku memaksa diri aku ambil satu bilik untuk aku, sebab malas nak berkongsi bilik dan aku kan berdengkur...hehehehe.

Tapi memang selesa ler duduk sorang-sorang, basuh badan 3 kali buang daki..ahaks.  Yalah....tak mandi seharian..huhuhuhh.

Itulah aktiviti hari pertama kami. Agak mencabar dan penuh kejutan. Tapi syukur alhamdulilah semuanya berjalan lancar...amin

Boleh baca:

Persiapan Team Building Sunpower Ke Langkawi 2017

Hari Pertama Team Building Crew E Di Langkawi

Hari Kedua Team Building Crew E Di Langkawi



Hari Pertama Team Building Crew E  2017

Catat Ulasan

0 Ulasan