Haziq Bin Hanif telah berkhatan pada 2 Dec 2017 yang lalu. Melihat kecuakan muka anak aku hendak berkhatan sama seperti aku dahulu...hehehe.
Berkhatan zaman moden ini kurang sakitnya. Yang paling sakit ialah semasa ia memyuntik kat "boboi" tu. Suntikan itu adalah suntikan bius sebelum pembedahan.
Tersengih sakit anak aku masa kena cucuk dengan jarum. Aku suruh dia tutup muka dia dengan kain pelekatnya. Tapi digigitnya kain tersebut, menahan sakit kena suntik.
Tapi sekejap ajer. Suntikan yang seterusnya tiada rengekan kesakitan dari Haziq mungkin sebab dah sebal kot..hehehehe
Aku melihat dari proses rengekan hingga proses pembuangan kulit menggunakan laser, kasihan pula. Tapi benda wajib harus dilakukan, samada kita suka atau tidak suka kan.
Mahu tidak mahu, mesti juga dilakukan kerana ia dituntut dalam Islam. Dalam mazhab Syafie, hukum berkhatan adalah wajib sama ada ke atas lelaki atau perempuan.
Di sisi mazhab Hanafi, berkhatan hukumnya adalah sunat sahaja bagi kedua-dua lelaki dan perempuan. Imam Ahmad pula berpandangan; ia hanya wajib ke atas lelaki sahaja. Adapun ke atas perempuan, hukumnya hanyalah sunat. Selain perintah agama, ia untuk kesihatan individu itu juga
Sabar Haziq yer.... nak pulih makan masa sikit. Kalau nasib baik 2 minggu dah kering luka-luka tu. Kalau nasib lagi baik, mahu satu bulan juga..hahahaha.
Yang penting Haziq dah sunat, kalau dah sunat bermakna boleh membina kerjaya playboy macam abah Haziq..ahaks.
0 Ulasan