Seorang peserta larian Klang City International Marathon parah manakala dua yang lain cedera dilanggar sebuah kenderaan di Jalan Kapar Batu 2, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan, berkata dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, kenderaan terbabit dari arah Klang menghala ke Kapar melanggar bahagian belakang peserta larian dari arah sama.
Katanya, mangsa yang dikenali sebagai Evelyn Ang Gek Suan, 44, parah pada kepala dan rahang.
"Dua yang lain, Amiruddin Hamid, 37, cedera pada kepala dan Ahmad Hadafi Jus, 42, mengalami luka buku lali kiri.
"Tiga mangsa terbabit dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk mendapat rawatan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mazelan berkata, pemandu kenderaan terbabit seorang lelaki berusia 27 tahun, tidak cedera.
"Bampar dan bonet kereta pemandu kemek pada bahagian hadapan. Siasatan mendapati pemandu tidak mabuk dan keputusan ujian air kencing mendapati dia negatif dadah. Kami sudah menghantar pemandu ke hospital untuk ujian darah," katanya.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan, berkata dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, kenderaan terbabit dari arah Klang menghala ke Kapar melanggar bahagian belakang peserta larian dari arah sama.
Katanya, mangsa yang dikenali sebagai Evelyn Ang Gek Suan, 44, parah pada kepala dan rahang.
Pesuruhjaya Sukan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur Klang City International Marathon susulan kes kemalangan yang membabitkan pelanggaran tiga peserta membabitkan sebuah kenderaaan di Jalan Kapar Batu 2, awal pagi semalam.
Pesuruhjaya Sukan, Datuk Zaiton Othman berkata pihaknya tidak menerima sebarang permohonan daripada penganjur bagi mendapatkan lesen penganjuran acara berkenaan.
"Pejabat Pesuruhjaya Sukan ingin menegaskan pihak kami tidak menerima sebarang permohonan bagi mendapatkan lesen penganjuran Klang City International Marathon.
Kenyataan itu turut menyebut bahawa sebarang penganjuran acara sukan perlulah mendapat kebenaran daripada Pesuruhjaya Sukan sebagaimana termaktub dalam Seksyen 36 Akta Pembangunan Sukan 1997, di samping keperluan penganjur mendapatkan kebenaran daripada badan pengelola sukan terbabit termauk pihak polis, pihak berkuasa tempatan dan sebagainya.
Kenyataan itu menyebut, perkara itu adalah wajib bagi memastikan penganjur yang akan menganjurkan acara sukan berkemampuan dari segi kewangan, teknikal serta mematuhi kaedah dan garis panduan ditetapkan badan pengelola sukan peringkat kebangsaan serta antarabangsa.
"Saya sekali lagi mengingatkan mana-mana pihak yang ingin menganjurkan sebarang acara sukan untuk memohon dan mendapatkan kebenaran daripada kami sebelum acara itu dianjurkan.
"Penganjur juga diingatkan agar mematuhi keputusan yang diberikan terhadap permohonan yang dibuat. Ini bagi memastikan penganjuran dilaksakanan hanya selepas semua peraturan dipatuhi dan langkah-langkah perlu diambil demi kelicinan acara dan keselamatan semua.
"Pihak kami akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya penganjur melanggar arahan ini," katanya yang turut merakamkan rasa sedih dan simpati kepada tiga pelari yang terbabit dan mengalami kecederaan dalam kemalangan berkenaan serta berdoa agar mereka pulih dengan segera.
Dalam perkembangan sama, Zaiton menegaskan bermula pada 14 Disember, Pejabat Pesuhjaya Sukan akan memuat naik senarai acara sukan yang diberikan kebenaran untuk dilaksanakan di laman web Kementerian Belia dan Sukan iaitu kbs.gov.my.
Semalam media melaporkan seorang peserta larian Klang City International Marathon parah manakala dua yang lain cedera dilanggar sebuah kenderaan di Jalan Kapar Batu 2, pada awal pagi.
0 Ulasan