Petronas The Only Game Where Everybody Wins

Petronas The Only Game Where Everybody Wins

Petronas The Only Game Where Everybody Wins

Peraduan terbaru Petronas iaitu The Only Game Where Everybody Wins adalah satu peraduan gores dan menang. Untuk pengetahuan aku bukanlah peminat sejati Petronas tetapi peminat sejati Petron sebab Petron ada kasi minyak percuma jika cukup mata yang dikumpulkan.


Namun semalam aku tuang minyak kat Petronas sebab minyak dah kelip-kelip ...hehehehe. Orang malas macam ini ler. Disebabkan aku bukan peminat Petronas aku tuang RM20 ajer. Nanti aku akan tuang penuh bila pergi ke stesen Petron nanti.

Lepas tuang minyak, tetiba awek kaunter tu kasi aku kad gores dan menang. Aku ambil ler tapi dalam kedaan kebinggungan. Bila sampai kat kereta,aku lihat rupanya ia kad gores dan menang.

Petronas The Only Game Where Everybody Wins

Tadi aku gores dan lihat aku dapat kurangkan RM5 jika beli minyak hitam. Tak menarik sangat tapi kira bertuah juga ler aku ini...hahahahaha.

Apa itu Petronas The Only Game Where Everybody Wins?
Pertama ia akan bermula dari 12 December sehingga 28 February 2018. Semua stesen minyak Petronas menyertai peraduan Petronas The Only Game Where Everybody Wins.

Untuk memperolehi borang gores dan menang ini ialah dengan membeli RM 20 PETRONAS Primax, atau Item Promosi Bulanan Mesra atau PETRONAS Syntium 4L.

Terhad kepada 4 baucar setiap transaksi untuk bahan bakar. Produk Promosi Bulanan Mesra dan pembelian PETRONAS Syntium adalah terhad kepada 1 baucar setiap transaksi.

Ia hanya terbuka pelanggan yang tuang minyak Petronas Primax sahaja dan jika anda guna minyak Diesel , minta maaf banyak-banyak ler. Anda takkan dapat boucher gores dan menang ini. Orang yang pakai diesel ini biasanya orang kaya-kaya gaya kontraktor. Tak per ler.

Petronas The Only Game Where Everybody Wins

Petronas The Only Game Where Everybody Wins hadiah utamanya ialah RM5000 tunai, telefon bimbit pilihan anda dan percuma kasut setahun oleh Zalora. Itu hadiah gempak dia ler.

Kalau hadiah tak gempak, macam aku punya ini ler. RM5 off untuk Petronas Syntium...huhuhuhu.
Buat sementara ini aku rasa aku tuang minyak pakai Petronas ler, seminggu minyak aku RM50. So aku tuang Rm20 hari Isnin dan hari Jumaat RM20 lagi. Seminggu aku boleh dapat 2 boucher.

Peratusan dapat RM5000 ini amat cerah...ahaks..



Catat Ulasan

0 Ulasan