SISPAA Sistem Pengurusan Aduan Dalam Talian Yang Berkesan

SISPAA Sistem Pengurusan Aduan Dalam Talian Yang Berkesan

SISPAA Sistem Pengurusan Aduan Dalam Talian Yang Berkesan


Tempoh hari aku ada membuat aduan secara online tentang pokok majlis perbandaran yang begitu besar dan tinggi hingga membuat bini aku rimas kena menyapu setiap hari.

Sebenarnya aku tak yakin dengan aplkasi kerajaan sebab kebanyakkannya tidak di kemas kini. Hanya mula-mula jer macam best lepas tu tak ada orang nak kemaskini semua data , maka ia jadi projek Gajah Putih.

Tapi Sistem Pengurusan Aduan Bersepadu (SISPAA) telah mematikan persepsi aku selama ini terhadap laman web dan aplikasi kerajaan kerana ia telah mengambil tindakan dalam masa 2 minggu menyelesaikan masalah aku .

SISPAA Sistem Pengurusan Aduan Dalam Talian Yang Berkesan
Inilah gambar dan aduan yang aku buat terhadap Sistem Pengurusan Aduan Bersepadu (SISPAA)

Nampak tak besar giler pokok ini dan kau orang boleh bayangkan macam mana stressny akami hendak membersihkan daun pokok ini setiap hari.
Aku ada membuat artikel tentang masalah ini -- klik sini


Semalam mereka dah datang dan potong semua pokok ini. Lihat gambar terkini.

SISPAA Sistem Pengurusan Aduan Dalam Talian Yang Berkesan
Selepas pokok d trim oleh kontraktor

SISPAA Sistem Pengurusan Aduan Dalam Talian Yang Berkesan
Proses Pemotongan Sedang Dilakukan

Jika anda mahukan penerangan lebih lanjut boleh pergi kelaman web mereka ini . Klik sini




Catat Ulasan

0 Ulasan