Pelakon dan pengarah lelaki bergelar Datuk yang ditahan selepas menampar anggota polis trafik dan menendang orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, tengah hari tadi, disahkan positif dadah. Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din.
“Ujian air kencing yang dijalankan terhadap pelakon berkenaan didapati positif dadah jenis ganja. Esok, pelakon itu akan dibawa ke mahkamah untuk dapatkan reman,” katanya.
Dalam kejadian pada jam 1.20 tengah hari itu, pelakon terbabit dilaporkan datang ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan satu kemalangan jalan raya.
Ketika berurusan di kaunter terbabit, pelakon berkenaan secara tiba-tiba menampar muka petugas lelaki yang menerima aduan itu sambil disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam. Difahamkan, dia juga turut menendang dua orang awam yang berada dalam balai sebelum ditahan beberapa anggota polis lain.
“Farid dikatakan mengamuk setelah ditunjukkan artikel di telefon bimbit “300 Artis Pinjam Ah Long”.
Kes disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Sumber : OhMedia
Laporan Polis Mangsa ..
Menurut mangsa, beliau berjumpa dengan Farid Kamil dalam keadaan tidak berbaju di dalam hujan dan dia cuba untuk menahan kereta. Mangsa berhentikan kereta dan diberitahu Farid Kamil terlibat dalam kemalangan.
Disebabkan tidak berbaju dan Farid Kamil memberitahu dia sejuk, mangsa membawa Farid ke Restoren Bonda untuk meminjam sehelai baju. Mereka terus menuju ke balai polis berdekatan. Kelakuan Farid Kamil mula menunjukkan sedikit pelik sebab dia memegang stereng kereta ketika bergerak dan mengambil gambar secara tiba tiba.
Di balai polis, mangsa memberitahu secara tiba tiba Farid Kamil melempang dia kemudian Farid melempang anggota polis berdekatan. Mangsa juga ditendang di bahagian kemaluan. Terdapat beberapa orang saksi dan ketika itu juga Farid Kamil ditahan terus oleh pihak polis.
0 Ulasan