Makan Di Floyds Kitchen  Melaka

Makan Di Floyds Kitchen  Melaka

Makan Di Floyds Kitchen  Melaka

Hari ini mencuba makan di Floyds Kitchen  Melaka sebuah restoran yang menyajikan makanan barat.
Bini aku teringin nak makan kat sana apabila review yang diberikan berstatus tinggi oleh rakannya...

Mahu tak mahu aku terpaksa pergi Floyds Kitchen  Melaka menemankan isteriku dan impian tak mahu makan waktu malam berkecai punah. Inilah nasib seorang lelaki bernama Suami.

Makanan pertama aku order ialah Cheezes Nacho iaitu kerepek yang dicampur mayonis dan sos serta ada meatball kecik. Melalui blog yang aku baca, dia orang kata wajib makan. So aku order yang ini dulu. Review aku memang sedap apatah lagi jika kerepek dimakan  dengan daging.

Selain itu makanan kedua kami ialah chicken chop. Yang aku respek ialah ayam tak berminyak. Selain itu black pepper dia pun ada kick. Cuma kat sebelah ayam aku tu dia letak salad campur mayonis. Well aku bukan peminat salad.

Makanan ketiga pilihan rambang mata oleh bini aku ialah Fish And Chip. Ertinya makan ikan dan cicahnya ialah mayonis campur limau. Memang menarik. Kentang pun besau-besau, ok ler.
Kita ini orang kampung, biasa makan kat KFC jer. So kalau tak de sos cili memang tak boleh makan. Anda boleh minta sos cili dari pelayan yang berdekatan. Ia akan berikan pada anda.
Yang paling menarik ialah dapat air percuma. Iaitu lemon ais. So sekali lagi aku dapat kurangkan budget beli air...yeahhhhhh...

Review aku ialah Floyds Kitchen Melaka ini adalah salah satu yang terbaik di Melaka.
Jika dikira dari segi design kedai ini pun  memang menarik. Moden dan tampak santai sesuai untuk golongan muda macam aku ini...hahahahaha.
Makan Di Floyds Kitchen  Melaka

Makan Di Floyds Kitchen  Melaka

Catat Ulasan

0 Ulasan