Mekanik Terbaik Dan Murah di Tanjung Minyak Melaka

Mekanik Terbaik Dan Murah di Tanjung Minyak Melaka

Hari ini aku nak promosikan mekanik yang aku kenal selama lebih 10 tahun semenjak aku menyewa rumah hingga aku dah beli rumah berdekatan.

Mekanik ini aku selalu panggil Abang Najib, seorang yang peramah dan senang berbual dengan beliau. Kenapa aku katakan beliau mekanik terbaik kerana perkhidmatan beliau memang tidak mengecewakan.

Sejak aku pakai Proton Knight hinggalah ke Saga FLX belum pernah kereta aku perlu dihantar kali kedua selepas beliau memeriksanya. Malah aku pernah tukar enjin kereta aku  di tangan beliau apabila enjin kereta aku buat hal . Dari enjin hingga pemasangan beliau yang uruskan dalam masa 2 hari sahaja. Dan yang menariknya ia berjalan dengan baik.

Beliau menjalankan pembaikan kereta di rumah beliau tiada bengkel khas. Inilah keistimewaan kerana dengan lokasi pembaikan kereta di rumah kadar pembaikkan kereta anda menjadi murah. Bukan murah sikit yer, tapi murah bangat.

Pernah dan banyak kali aku menegur beliau kerana baiki kereta dengan murah berbanding dengan kawasan lain. Aku sebenarnya tak tahu macam mana beliau boleh dapat untung kalau caj dengan harga yang murah. Sebagai contoh, baru-baru ini aku menukat bering tayar aku yang berbunyi termasuk tukar minyak hitam dan tambahan tukar lining brek. Aku hanya dikenakan bayaran RM300 sahaja. Kalau aku hantar kedai cina, mahu kena RM500 paling minimum!!!


Perkhidmatan terbaik dan harga murah terbaik, aku mencadangkan anda pergilah menggunakan perkhidmatan Abng Najib ini. Amat puas hati.

Kehebatan Abang Najib ini pada dasarnya ialah bakat mekanikal beliau. Jangan nak kencing ler tentang kereta ini. Cuma aku tak tahu kalau beliau boleh baiki kereta elektronik, aku cadang tak payah ler...heheheheh.

Kalau anda ada masalah mekanikal kereta seperti drive shaft, enjin isu dan sebagainya aku memang cadangkan anda hubungi Abang Najib.
Abang Najib tinggal di kawasan Tanjung Minyak Melaka dan kalau anda orang Tanjung Minyak memang bertuah ler. Tapi aku rasa orang Tangga Batu atau Klebang tak jauh dari Tanjung Minyak boleh hubungi beliau.

Hubungi bang Najib di no 013-6923910.

Aku minta maaf kalau aku tak masukkan gambar beliau walaupun ada friend Facebook sebab gambar beliau aku pakai tanpa kebenaran tak wajar pula.ahaks.






Catat Ulasan

0 Ulasan