Persiapan Majlis Khatam Dan Khatan Anak

Persiapan Majlis Khatam Dan Khatan Anak

Pada awal bulan March ini aku merancang nak buat kenduri khatam anak dara aku Hanis Bte Hanif dan juga kenduri khatan anak jantan aku  Haziq Bin Hanif. Ingatkan nak buat kecil-kecilan sahaja tetapi mak mentua aku nak jemput dalam 200 orang jemputan. Banyak tu, so kena planning betuul-betul ini

Banyak persiapan yang kena buat. Pertama catering kena pilih menu apa yang baik dan murah. Catering kena pilih yang betul-betul juga . Biar murah dan sedap...hehehehehe.

Kedua ialah persiapan khemah dan pinggan mangkuk dan juga kendarat harus dilakukan dengan teliti. Yang penting untuk aku nanti masa majlis siapa nak hidangkan makanan dan basuh pinggan. Zaman sekarang ini bukan macam dulu, ramai yang tolong kalau kau ada majlis. Zaman sekarang, semua datang maka ajer...ahaks.

Aku pun tak kasi mak mentua aku masak macam-macam, semua beli ajer dan suruh catering buat, Dan tolong membasuh upah ajer orang buat. Aku pun  tak nak penat-penat. Mak mentua aku pun tak sihat, mak aku tak kuat kaki, lagi pun tak logik rasanya masa majlis nenek dia kat dapur pula.

Untuk memeriahkan majlis, kami ada panggil geng Maulud untuk memberi kelainan. Ada sedikit ahli maulud lelaki yang diupah ler. Sedap aku dengar suaar mereka tempoh hari semasa majlis kahwin jiran aku.

Khatam kali ini nenek dia request cucu dia baca beberapa surah sebagai penutup majlis Khatam. So kena buat pelamin untuk majlis khatam nanti. Itu bahagian adik ipar aku terer, Dia akan uruskan nanti...hehehe.

Selain itu untuk ustaz yang mengajar anak aku kita kena hantaran sebagai penutup anak aku dah tamat belajar.  Banyak yang kena buat ini...ahhhh. Pening kepala.
Belum habis lagi, kami rancang nak buat baju sedondon masa anak aku khatam nanti. Ini tengah pilih kain warna apa nak pakai ini. Tema kami pilih ialah warna krim.

Kalu lihat macam beri-ria sangat kan, tapi anak aku 2 orang sahaja. Apa salah kalau buat yang terbaik untuk mereka. Lagipun kami dah ada budget untuk kenduri ini.  Untuk memudahkan persiapan kenduri ini, kami ad amembuat milesstone chart unuk monitor perkembangan kenduri kami dalam masa 2 bulan ini.

Tujuan tak nak over budget dan takut terlupa persiapn lain. Bagus juga kerja kilang ini, teknik projek boleh bawa ke majlis kenduri. Lorat aku kan..hahahhaa.
Kalau teknik berjaya, aku boleh juga sharing ilmu ini dengan semua orang kalau nak buat kenduri khatam atau khatan anak anda.

Doakan kami berjaya menguruskan kenduri ini. Macam anak nak kahwin pula.




Catat Ulasan

0 Ulasan