Tajuk bahasa inggeris....hehehehehe. Bila di melayukan ia bertajuk aktiviti menanam pokok diSunpower Malaysia yang berlangsung pada 28/12/2019 yang lalu.. Salah satu aktiviti yang dilakukan oleh pihak syarikat kami iaitu Sunpower dalam mendidik masyarakat kempen mencintai alam sekitar.
Dengan penanaman pokok disekeliling kawasan Sunpower walaupun nampak kecil tapi untuk aku ia satu usaha besar pihak pengurusan dalam membina pekerja yang mencintai alam sekitar dan sekaligus yang tak pernah tanam pokok dah tahu macam mana nak memanam...hahahahaha.
Abaikan perut mamat di gambar sebelah tu. Yang penting mamat tu bergaya dalam aksi menanam pokok...ahaks.
Sambung balik... Kalau tak silap aku ini adalah kali kelima pihak syarikat membuat aktiviti ini dan setiap kali ia akan tanam sebanyak 500 pokok ditanam.
Bayangkan sumber oksigen yang boleh diberikan oleh pokok-pokok ini melalui proses fotosintesis sekaligus menyegarkan kawasan sekitarnya.
Fotosintesis merujuk kepada proses penukaran tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga biokimia. Tenaga kimia ini digunakan untuk pengikatan karbon. Proses ini dibantu oleh klorofil untuk menguraikan air kepada oksigen dan hidrogen.
Dalam suka-suka kita menanam pokok apabila diadaptasikan kepada sains, rupa-rupanya ia memberi impak yang besar kepada planet kita. Aku tabik kepada pihak syarikat yang sentiasa memberi pengajaran kepada pekerja mereka dengan pelbagai aktiviti seperti aktiviti sebegini.
Melihat kesungguhan pihak syarikat Sunpower dalam bersama-sama menjaga persekitaran planet bumi aku berasa bangga pula. Bertuah dapat menyertai aktiviti hijau ini. Teruskan usaha anda!!!
Gambar di atas menunjukkan Mr. Raymond tengah ajar bagaimana menanam pokok. Kasihan rupanya ramai yang tak tahu tanam pokok...hehehehehe.
0 Ulasan