Sebagai seorang blogger selain mecapai pembaca yang unik ialah berkongsi maklumat untuk di guna pakai demi kesejahteraan sesama manusia.
Kadang kala menjdi blogger ini kita selalu dapat dosa kering...hahahahaa. Siarkan artikel yang berunsur fitnah, marah atau provoksi secar sedar atau tidak sedar. Dan adakalanya kita pahala berterusan jika artikel kita ini dikongsi dan manfaatkan kepada seseorang.
Selama 8 tahun aku berblogging entah berapa banyak artikel yang aku pos berguna pada pembaca dan juga artikel yang tak guna dan memudaratkan. Biasanya pada awal berblogging kita masukkan sahaja maklumat yang ada dalam blog kita, tak kira betul atau tak janji viral dan boleh naikkan pembaca. Itulah silapnya kerana ada ketika cerita viral tersebut dalah fitnah.
Tempoh hari mendapat satu komen terima kasih daripada pembaca berkesanan artikel saya mengenai ubat cincau mengawal darah tinggi. Suka hati bila mendengarnya.
Apabila mendapat komen demikian untuk seorang blogger ia adalah sesuatu yang mengembirakan dan kepuasan hati kerana kita dapat membantu ramai pihak.
Dalam hal saya, artikel kesihatan saya memberi kelebihanyang baik kepada blogger Hanif Bin Idrus. Ada juga beberapa blogger yang menumpukan niche agama, teknologi dan pelbagai telah menyumbangkan banyak perkara baik untuk manusia dan dunia.
Itulah fungsi sebenar blogger menyumbang sesuatu yang baik kepada masyarakat bukannya memperondak masyarakat.
0 Ulasan