Black Panther 2018

Black Panther 2018

Black Panther 2018

Hari ini kaki wayang menonton filem yang ditunggu oleh semua peminat siri Marvel iaitu superhero baru Black Panther.
Black Panther ialah berkenaan sebuah kerajaan di Afrika iaitu Wakanda yang mempunyai rahsia tamadun dan teknologi menggunakan sumber vibrium untuk membangunkan negara mereka tetapi tamadun mereka disembunyikan dari pengetahuan pihak lain.
Jika anda menonton filem The Avenger: Civil War anda dapat melihat keujudan pertama kali Black Panther setelah ayahnya iaitu Raja Challa telah dibunuh.

Setelah kematian ayahnya, hero filem ini T,Challa telah dilantik menjadi raja baru. Permulaan cerita ini bermula dengan kecurian artifak vibrium di muzium oleh pedagang senjata iaitu Klausse. Anda kenal Klausse ini sebab dia ada muncul dalam filem The Avenger : Ultron. Semasa Ultron nak mencuri vibrium dari dia dan mengerat tangan dia.
T.Challa telah memburu Klausse ini dan dalam babak ini memang best dapat lihat aksi kejar mengejar kereta antara Klausse dan Black Panther.

Dalam kekecohan ini, Black Panther ternampak pemuda yang menolong Klausse memakai cincin diraja.
Setelah penyiasatan dilakukan, beliau mendapati pemuda tersebut bernama Killmonger ialah sepupunya.

Sepupunya kembali ke Wakanda dan mencabar T.Challa berlawan untuk ditabalkan siapa raja yang sah. Akhirnya T.Challa dikalahkan oleh adik sepupunya.

Apakah yang berlaku seterusnya. Bagaimana T.Challa hendak menebus takhtanya semula. Siapakah yang telah mengkhianti T.Challa dalam Wakanda. Semua anda kena tonton.
Tapi sinopsis filem ini rasanya anda dah faham jalan cerita ini. Cuma aku tak cerita bagaimana penglibatan ejen Ross dalam pergolakan Wakanda nanti. Kenal kan Ejen Ross,  ada dalam cerita Avenger: Civil War.

Rating filem ini aku kasi 4.9/5. Terbaik. Dalam semua episod pengenalan memang banyak cakap dari gaduh. Itu normal ler. Kalau ada episod kedua baru boleh komen kalau gaduh dia tak best....hehehehe.

Catat Ulasan

0 Ulasan