JUTAWAN kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri memohon maaf kepada semua pelakon-pelakon hebat Malaysia yang berasa tidak senang dengan kehadirannya dalam bidang seni lakon.
Menurut Aliff, dia menerima tawaran berlakon dalam filem Badang setelah ditawarkan oleh pengarah.
"Untuk pengetahuan semua, saya tidak keluarkan duit sesen pun untuk filem ini.Malah saya menerima bayaran sebagai pelakon seperti pelakon yang lain. Itu sahaja.
"Saya bukan penerbit, saya bukan pengarah, saya tak bayar apa pun untuk filem ini. Saya hanya pelakon sahaja. Jadi tidak wajar jika saya seorang yang kena," tegasnya.
Pembawa watak utama filem Badang ini turut bertanya jika dia tidak mempunyai bakat kenapa dia diberikan tawaran berlakon filem?
"Setakat ini saya sudah berlakon enam buah drama, malah cerita Ooops! Terlajak Nikah, Toyol Ke London antara drama lakonan saya yang capai rating tertinggi di Astro.
Kemudian saya juga dicalonkan untuk Artis Lawak MeleTOP, Realiti Show MeleTOP.Jadi, adakah itu bermakna saya tidak punya bakat?
"Kenapa juga sebelum ini tak ada pula orang mempertikaikan bakat lakonan saya. Tiba-tiba dengan filem Badang ini saya pula dipersalahkan seorang," luahnya lagi pada Sinar Harian.
Aliff turut memberitahu dia boleh menerima kecaman tetapi janganlah melampau seolah-olah filem Badang kerana semuanya salah dia seorang.
"Seolah-olah saya ini kayu, macam saya ini hina sangat.Penghinaan itu melampau-lampau," katanya.
Ditanya sama ada adakah dia akan terus berlakon lagi?
"Jika ada orang yang menawarkan kepada saya berlakon, apa salahnya jika saya terima cuma kali ini saya akan lebih hati-hati," jawab Aliff positif, penuh yakin.
Selain itu pelakon Amyza Aznan mengakui kesal dengan perangai jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang kini sudah bergelar pelakon.
Semuanya berpunca apabila Aliff Syukri merintih meminta agar dirinya dihargai sebagai pelakon di dalam filem yang sedang hangat diperkatakan ketika ini, Badang.
“Dia demand, merintih, minta dihargai, tak tidur sampai ke pagi memikirkan kejian, cacian orang. Tapi walau dia kena keji pun, duitnya masih berlambak. Tak beri kesan apa pun.
“Yang kami pelakon betul ni, langsung tak dipandang, bekerja sampai ke pagi jugak, menitik air peluh, kuar air mata, duit tak ada tau, tak mengeluh macam dia pun,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambah Amyza dia mencadangkan agar Aliff tidak payah lagi jadi pelakon sebaliknya jadi penerbit sahaja.
“Berlakon bukan bidang dia, jadi tak payah la berlakon, buat semak jer, serius semak. Tak ada bakat pun.
“Kalau duit banyak sangat, jadi penerbit je la. Kita memang marah la, marah sangat,” katanya lagi.
0 Ulasan