Impian Bersantai ke Lombok Bersama Rakan

Impian Bersantai ke Lombok Bersama Rakan

Impian Bersantai ke Lombok Bersama Rakan

Tajuk dah tahu apa ceritanya iaitu member aku ajak aku pi ke Lombok...hahahaa. Target pada bulan hadapan kerana urusan kerja.

Disebabkan aku pernah ke sana mahu tak mahu kena ikut juga lerr....Alasan yang terbaik. Kalau nak buat sesuatu tapi tak der penyebab pun tak best gak..ahaks.
Sebenarnya sejak tahun lepas aku dah plan ajak rakan-rakan sekerja berjalan, tak kisah ler ke mana pun. Tapi semua ada hal. Memang leceh bangat, sejak bulan April tahun lepas hingga 2018 sampai sekarang semua angguk jer tapi tak ada bende pun.

Tiba-tiba rakan sekolah aku dari kecik ajak teman dia ke Lombok. Apa lagi aku pun setuju. Kami plan amik lebih masa sikit dapat lepak-lepak kat sana.
Namun bila beritahu pada bini, lesen tak lulus plak..huhuhu. Aku dan wife aku pada tahun 2016 pernah ke Lombok. Dan ada beberapa kawasan melancong dia agak sosial. Terutama kawasan pantai dia ler.

Tapi biasalah kalau kau pergi ke mana-mana pusat pelancongan pun kalau ada omputih memang ler suasana dia agak sosial dengan pakaian yang menjolok mata lagi-lagi kalau kat pantai.
Bukan Lombok sahaja tapi kau pergi Bali, Krabi atau Barocey pun sama. Tapi aku tak salahkan wife aku sebab pandangan pertama dia dah lihat suasana macam tu memang kena pangkah punya..ahaks.
Tapi frust juga ler sebab kau kena pangkah sebab difikirkan suami penyayang kau nak buat jahat kat sana...huhuhuhu. Itu yang tak bestnya.

Kalau nak buat jahat tak perlu nak buat kat luar negara. Kat Malaysia ni pun dah cukup sosialnya. Kalau kat Melaka bersepah kelab malam atau pusat-pusat yang tak senonoh.
Tujuan aku ialah nak keluar sama rakan- rakan Disebabkan rakan sekerja aku ni banyak yang sengal. Kejap nak pi Krabi..kejap nak pi Medan. Akhirnya semua senyap. Bila rakan sekolah aku ajak aku on jer. Lagi pun dia orang boleh payung aku...ahaks.

Cuma keluar dengan dia orang leceh sikit ler. Semua nak yang best ajer. Bilik nak sorang satu ler. Nak insuran sana sini ler. Nak naik speed boat VIP ler. Orang tua yang pergi macam-macam peel lee..
Tapi layan ler kita nak rileks sahaja sama rakan-rakan. Dalam seumur hidup aku, inilah kali kedua aku nak jalan-jalan sama rakan-rakan.

Bukan nak buat jahat tapi feel keluar sama rakan dan keluarga memang berbeza. Betul tak. Kita bantai jer mana-mana nak pergi. Tak risau kalau nak pergi mana-mana sebab semua lelaki. Kalau pi sama family kita kena pastikan keselamatan mereka dahulu. Itu prioriti dan kalau rasa tak selesa dengan suasana tempat tu kita tak masuk sebab takut keselamatan mereka.
Memang keluarga adalah yang pertama tapi sesekali kita nak keluar dengan kawan-kawan lelaki. Bukan selalu dapat peluang macam ni.

Pergi atau tak pergi itu lain cerita. Tapi persepsi sang isteri yang selalu menganggap suami kau keluar dengan kawan-kawan dia nak buat perkara jahat. Buat aku frust betul.
Kalau mereka sang isteri cemburu tak ajak pergi sama. Itu alasan yang aku boleh aku terima. Maka aku akan cover balik, bawa isteri berjalan pula. Sebagai tanda terima kasih...hahahaha.
Aku rasa semua suami kat luar sana mesti kena gam macam aku kan...hahahha. That life bro.

Aku bukan muda lagi, takkan nak buat bende-bende macam tu. Kalau kata aku cuci mata pandang  awek Eropah, ok juga ler..Dah dia orang surfing kat depan mata, apa aku nak buat...Kita lelaki ni bab macam ni kadang-kadang tak ler elak...hahahaha.
Apa pendapat anda?

Sajer aku tulis artikel ini sebab bini aku salah seorang pembaca tegar blog aku ini. Bab nak memujuk ini aku memang tak pandai..hehehehe. Kalau aku pergi tanpa restu bini aku, nanti aku rasa bersalah yang amat sangat plak. Tiket semua dan beli ini sayang oiiii!!!

Nak berjalan hati kena tenang.  Apa pendapat anda wahai isteri payung intan,,,bucuk,,wangi,.. abang... Need your approval..

Best tak jadi blogger...

Catat Ulasan

0 Ulasan