Hasil Nukilan Hanif Idrus |
Editing Oleh Rakan |
Bagi sesetengah fotografer jika hasil foto mereka ambil dan diedit ianya satu kesalahan yang besar. Apatah lagi jika di ambil tanpa kebenaran. Kalau mereka ambil tanpa kebenaran, siapa yang tak marah..hehehehe.
Dan baru-baru ini ada rakan facebook minta kebenaran untuk mengambil gambar koleksi aku dan mengeditnya. hasilnya lebih baik dan menarik dari gambar aku.
Gambar aku kalau lihat di atas lihat bersifat natural dan warnanya agak lembut dan gelap-gelap sikit. Manakala rakan aku menggunakan kekuatan HDR melalui aplikasi photo editor beliau, kalau kita lihat ada hashtag "photoeditor ...hehehehehe.
Aku kena akui gambar rakan FB tampak lebih menarik seolah ianya dilukis. Namun adakah aku merasa marah. Tidak, kerana aku boleh pelajari sesuatu yang baru malah aku boleh katakan aku kini mempunyai idea pelbagaikan method gambar aku .
Kekuatan seorang fotografer bukan terletak pada editing skill semata-mata. Editing skill boleh dipelajari jika rajin membuat latihan yang kerap dan membuat perbandingan hasil editing.
Kekuatan seorang fotografer ialah tahap imaginasinya atau angle gambar yang diambil. Walau betapa cantik sesuatu pandangan landskp kawasan tersebut jika ada gagal memaksimumkan angle atau sudut menarik kawasan itu,ianya hanyalah gambar yang biasa sahaja.
Itulah kelebihan fotografer yang berpengalaman jika banyak membuat latihan menajamkan imaginasi atau sudut kawasan frame mereka.
Aku tak kata gambar kat atas tu aku ambil cantik dari sudut framenya sebab ada orang yang lebih hebat memanipulasi angle dan imaginasi. Kalau aku terer dah lama aku dapat anugerah gambar tercantik....hahahahaha.
Namun anda faham kan maksud aku ini kan. Sebab itu aku gembira gambar aku diedit oleh pihak lain kerana orang yang meminta kebenaran untuk edit gambar aku telah menjustifikasi angle gambar aku ini terbaik dari pemikiran beliau.
Maka kita janganlah marah kalau orang edit gambar kau jadi lebih baik. Sebab anda mempunyai ilmu yang mereka tiada yang menyebabkan mereka mengguna gambar anda.
Contoh di bawah adalah salah satu teknik editing yang pakai menggunakan gambar yang sama gak..
Cuma kali ini aku cropkan sedikit dan guna teknik black and white.
0 Ulasan