Satu lagi kontroversi menimpa ikon televisyen, Neelofa.
Pening juga aku baca komen netizen tapi bukanlah hak mereka untuk mengecam Neelofa dengan kasar. Lalu kalau anda caci dia maka kamu akan dikategori sebagai alim ler, Neelofa tu tak alim...hehehehe.
Orang yang beradab ialah orang yang tahu menjaga lidahnya...Saya mohon semua netizen jika mahu kecam Neelofa gunakan ayat yang beradab. Cuba bayangkan kalau anda dikecam, walau pun perkara itu baik tapi cara kau nasihat cam hawau rasa kau nak dengar tak? Teruklah kau orang ni, macam best ajer.
Tapi sebagai ikon Nasional, perbuatan Neelofa ini amatlah bahaya. Dulu kalau ke kelab malam, tak mungkin kita akan melihat wanita bertudung ke sana. Dengan pangaruh Neelofa, amatlah besar jika satu hari nanti jika kita ke kelab malam pasti terjumpa wanita bertudung ke sana.
Persoalan timbul, salahkah wanita berhijab ke kelab malam,padahal mereka tak minum minuman keras.Sebagai gadis moden, apa salahnya jika menari sahaja jika kesana. salah ker? Inilah pemikiran wanita liberal pada masa kini. Betul tak?
Tapi niat tak menghalalkan cara. Kenapa kita perlu pergi ke tempat yang menjual arak dan lelaki dan wanita bercampur gaul dengan bebas. Persekitaran yang kurang baik dan potensi anda terbabit dalam gegala maksiat. Jika kamu seorang Islam, adakah ia membenarkannya?
Apatah lagi jika kamu berniat mengujudkan satu fenomena hijab boleh dipakai ke kelab malam. Aduh!!! Itu pendapat saya tapi seperti yang Neelofa katakan, tidak ambil peduli apa orang lain kata. saya hormati pendapat beliau.
Lagi pun saya tak berada di sana, jika pelancaran tersebut secara tertutup tanpa ada pihak lain. Lain ceritanya kan. Tapi perlu ker menari gelek....hehehehehe
Kalau baru-baru ini pengacara popular dan usahawan terkenal, Neelofa disanjung atas penerimaan Anugerah Grandeur and Elegante Antarabangsa atas kejayaan mengemudi jenama Naelofar Hijab, hari ini lain pula ceritanya.
Neelofa yang juga pelakon sering dilanda kontroversi dan terbaru, beliau dikecam selepas mengadakan majlis pelancaran koleksi tudung dan sambutan ulang tahun kelahiran ke-29 di sebuah kelab hiburan terkenal di ibu kota.
Menurut laporan BH Online, Neelofa berkata ia dipilih kerana sesuai dengan tema dan bajet acara yang dianjurkannya.
Namun susulan serangan di media sosial yang mempersoalkan pemilihan lokasi dan persembahan yang dibuat, Neelofa mengambil keputusan tidak mempedulikan kritikan tersebut.
“Saya buat keputusan tidak mempedulikan kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara, yang penting saya tahu apa dilakukan.
“Lokasi dipilih sesuai dengan tema selepas menyenarai pendek beberapa tempat. Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang 8 kali ganda bagi memenuhi kehendak tema.
“Sampai bila pun tidak akan habis kalau terus melayan kecaman netizen. Jadi tahun ini, saya memilih untuk tidak ambil peduli lagi kata-kata orang,” kata Neelofa seperti dipetik portal itu.
Pelancaran koleksi hijab terbaharunya, Be Lofa dikatakan dilancarkan dengan kehadiran sahabat handai, keluarga terdekat dan media, dan dimeriahkan lagi dengan persembahan penyanyi rap, SonaOne serta kehadiran beberapa selebriti tempatan.
0 Ulasan