*PANDUAN UNTUK WARGA PENJAWAT AWAM YANG INGIN BERSARA AWAL*
Berikut adalah info dpd Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam tentang penjelasan berhubung isu *PERSARAAN PILIHAN*.
Kebanyakkan penjawat awam yang telah menandatangani opsyen persaraan pada usia 58 dan 60 tahun *masih lagi terkeliru dgn info yg tlh mrk terima*. Ramai yang beranggapan mereka terpaksa mematuhi opsyen berkenaan untuk bersara.
Sebenarnya penjawat awam tidak terikat dengan opsyen tersebut dan boleh memilih untuk bersara lebih awal iaitu pada usia 50 tahun ke atas.
Dalam kes pertama ini, sesiapa penjawat awam yang ingin bersara pada usia 50 tahun akan menerima pencen terus sebaik bersara sekiranya anda dilantik dalam jawatan *SEBELUM 12 April 1991*.
Mkala dalam kes kedua, sekiranya anda dilantik *SELEPAS 12 April 1991*,
maka anda *TIDAK akan menerima pencen* sekiranya memilih untuk bersara pada usia 50 tahun. Sebaliknya bayaran pencen hanya diterima ketika anda berusia 55 tahun.
Bagi mendapat gambaran yg lebih jelas, berikut disertakan soal jwb yg bkaitan utk memudahkan kita sbg penjawat awam memahami info ini dgn jelas :
*Soalan* : Saya dilantik SELEPAS 12 April 1991. Opsyen pilihan awal saya ialah bersara pada usia 60 tahun dan bercadang untuk menukar pilihan bersara pada usia 55 tahun, Apakah yang patut saya lakukan dan adakah saya mendapat pencen sebaik bersara ?
*Jawapan* : Anda boleh mengisi borang persaraan pada usia anda genap 55 tahun (Selepas Hari Lahir anda) Pencen anda akan bermula pada usia anda 56 tahun. Anda akan dibayar pencen bermula usia 56 tahun serta tidak terikat dengan pilihan opsyen 58 atau 60 tersebut.
*Soalan* : Jika saya ingin bersara pada genap usia 55 tahun pula, apa yang perlu saya lakukan ?
*Jawapan* : Anda perlu mengisi borang persaraaan pilihan selepas usia 54 tahun, dan pencen akan dibayar sebaik anda bersara pada usia 55 tahun.
*NOTA*: Jika anda bercadang memilih persaraan awal, sila pastikan anda TIDAK KERUGIAN, sebaiknya bersaralah pada GRED JAWATAN yang TERTINGGI bagi menikmati pencen bulanan yang lebih baik.
*NOTA* : Semua borang persaraan awal MESTILAH DISOKONG & DILULUSKAN oleh Jabatan masing2 sebelum diuruskan oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Setiap jabatan wajar menyokong keputusan seseorg penjawat yang yg ingin untuk bersara awal di atas nama kebajikan warga penjawat awam.
Pilihan bersara awal akan memberikan peluang kepada lebih ramai calon penjawat awam muda menyertai bidang perkhidmatan awam, peluang kenaikan pangkat lebih luas kepada mrk yang berminat untuk berkhidmat lebih lama.
Sekian, harap maklum.
*Kongsi info utk manfaat rakan sekerja*
0 Ulasan