Mula-mula cakap besar dan lepas tu minta maaf pula. Inilah karenah diva kita ni si Neelofa. Tapi OK ler tu sebab stok tudung dah habis dijual.
Walau pun nasi dah menjadi bubur dimana wanita Melayu berhijab kini dipandang serong serta menaikkan nama Zouk si kelab malam secara tak langsung oleh si Neelofa namun ia adalah pengajaran pahit untuk beliau.
Memang cukup pahit bukan sahaja dikecam oleh netizen tetap ipara ugamawan juga tapi tak dilupakan ada juga penyokong-penyokong beliau yang berdiri disebelahnya...hehehehe.
Rileks Neelofa, dalam masa dua tau tiga hari senyaplah cerita ini. Tapi sendiri mahu ingatlah..
Baca:
Neelofa Halalkan Fenomena Hijab Di Kelab Malam
Pengacara dan pelakon popular, Neelofa dengan rendah diri memohon maaf kepada semua pihak yang terguris dengan kontroversi pelancaran koleksi terkini Naelofar Hijab di sebuah kelab malam malam, Isnin lalu.
Neelofa menerusi laman Instagramnya berkata, dia mengambil sepenuh tanggungjawab terhadap tindakan tersebut dan sentiasa belajar daripada kesilapan yang dilakukan.
Jelasnya, dia menghormati setiap ingatan, teguran dan maklum malas semua pihak terhadap kontroversi yang mencetus perdebatan dalam kalangan peminat di laman sosial.
Baca:
Neelofa Kata Masyarakat Suka Perbesarkan Cerita
“Selepas memahami dan mengambil kira apa yang berlaku ketika malam pelancaran itu, saya secara ikhlas memohon maaf kerana menimbulkan tekanan dan sentimen negatif terhadap pemilihan lokasi tersebut.
“Saya juga mahu berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan. Kami akan memberi lebih perhatian pada masa hadapan dalam menjaga imej produk.
“Melangkah terus, kami akan meneruskan penjemaan tudung dalam landasan yang sewajarnya,” katanya.
Neelofa sebelum ini menerima kecaman hebat apabila mengadakan majlis sambutan ulang tahun dan pelancaran koleksi tudung Naelofar Hijab di sebuah kelab di ibu kota kelmarin.
0 Ulasan