Apa Itu Panama Dance

Apa Itu Panama Dance

Apa Itu Panama Dance

Lagu asal dari penyanyi Romania Matteo dan diviralkan oleh rakyat Thailand kini menular ke seluruh Asia.


Asal usul itu nanti aku huraikan kat bawah artikel ini cuma aku pening melihat rakyat Malaysia yang suka kaut budaya viral yang tidak cocok dengan budaya kita.

Pada aku kalau mamat jantan nak buat Panama Dance ini buatlah dan kalau budak-budak kecil nak buat Panama Dance ini buatlah. Malah aku juga tak boleh melarang kalau ada awek-awek nak buat Panama Dance. Siapa aku nak halang mereka.

Aku bukan selebriti atau ahli politik atau ahli ugamawan yang dikenali. Cuma insan picisan yang jauh sekali dikenali.
Tapi yang buat aku menyampah ialah minah-minah pakai tudung dengan baju kurung, fulamak lenggok dia buat Panama Dance macam dah lupa dunia ini masih berputar.

Dia orang viralkan video mereka buat Panama Dance ini akan buat mereka folular kot. Tapi tindakan mereka menyebabkan aku terpalit dosa sebab melihat lenggokan mereka..pehhh!!!

Memang ler kau folular dengan view beratus ribu tapi pada masa yang sama bayangkan berapa ramai orang yang kau babitkan dengan masalah sosial kau.

Kenapa perlu menari bersama rakan wanita dan kemudian kau amik video dan kau upload kat media sosial. Simpan sahaja ler buat koleksi peribadi kau.

Ini semua aku salahkan Lofa semenjak memari berhijab kat Zouk semua orang dah berani menari gelek pakai hijab..huhuhu.

Tak terkecuali juga buat mamat jantan menari Panama Dance ini. Apa ke hal kau nak tergelek-gelek oiiiii. Sebab tu aku lihat sekarang ramai mamat kunyit kat Malaysia ini. Kau nak berkunyit pun janganlah sharing....geli geliman.

Yang penting apa sahaja budaya kuning yang masuk ke negara kita amat mudah diterima oleh anak-anak muda kita.

Aku faham sebab aku pun pernah muda dulu. Bukan tup..tupp aku jadi tua...ahaks. Tapi fikirlah berulang kali sebelum kau buat sesuatu perkara itu.
Macam sekarang kau lenggok kiri kanan, buatnya mak mentua kau lihat atau mak kau kat kampung lihat. Mahu tak malu...

Memang anda ikut perkembangan zaman tapi bukan semuanya itu betul. Anda kena tapis. Kalau tak, bukan sekarang anda malu, mungkin lagi 10 tahun bila kau dah tua. 

Screw up you all semua. Aku marah ni tapi aku tetap tengok gak Panama Dance. Isskkk..lenggok anak dara siapa tak nak tengok...hihihihi.
Jom esok kita semua pergi be zumba Panama Dance

Jom lihat dari mana viralnya Panama Dance ini.



Lagu Pop Romania yg mengasyikkan ini diterbitkan pada tahun 2013 telah menjadi lagu tema untuk tarian viral masa kini dikalangan rakyat Thai - "Panama Dance" yang telah mengejutkan dan disenangi oleh artis dan penyanyi asal lagu tersebut Matteo.

Idola, netizens dan selebriti Thailand telah beramai2 menari "Panama Dance" dan menjadikan ia hits dan viral buat masa sekarang ini termasuklah negara kita sendiri Malaysia, lagu yang telah dicipta sendiri pada tahun 2013 oleh artis Romania bernama Matteo. 

Langkah-langkahnya amat mudah, anda cuma perlu gayakan huruf Z menggunakan tangan di udara, lakukan dua kali hula dan kemudian twerk.

"Yaw guys! Saya tidak dapat memahami perkara yang anda tulis di sini, tetapi saya gembira kerana anda amat menyukai lagu saya, "kata Matteo di bahagian komen video muziknya pada awal November. "Tetapi memang #Panama Dance sangat hebat!"

Tetapi mengapa "Panama" dan kenapa baru sekarang menjadi viral?

"Panama Dance" menjadi viral melalui aplikasi perkongsian video di negara Cina DouYou, di mana semua orang berkongsi klip video pendek mereka sendiri menari dengan menggunakan lagu itu hingga akhir bulan September. Lagu itu kemudian menjadi ikutan dikalangan idola Thailand pada bulan Oktober sebelum benar-benar meletupkan dikalangan selebriti Thailand.

Menurut komentar YouTube "Fern Ja" lagu Panama telah mempunyai kira-kira 8 juta view "ketika lagu itu mula menjadi hit." Ia telah memperoleh 13 juta view pada 3 November dan terus meningkat naik menjadi lebih 59 juta view sehingga kini - berdasarkan komentar dan kebanyakan peminatnya adalah dari negara Thailand.

Artis Thailand yang telah menyertai kegilaan Panama Dance termasuklah pelakon Janie Tienphosuwan dan Chotika "Noey" Wongwilas serta penyanyi Suteewan Thaveesin, &  "Baitoey R Siam.

Catat Ulasan

0 Ulasan