Majlis Khatam Dan Khatan Hanis dan Haziq 2018

Majlis Khatam Dan Khatan Hanis dan Haziq 2018

Majlis Khatam Dan Khatan Hanis dan Haziq 2018


Syukur alhamdulilah Majlis Khatam Dan Khatan Anak dara dan jantan aku selesai jua.
Di Majlis ini majlis khatam Quran Hanis bte Hanif berjalan dengan lancar. Pada permulaannya agak kelam kabut sebab agenda pertama kami iaitu bacaan tahlil agak lewat dan marhaban tahfiz pula tiba awal.

Namun semuanya berjalan lancar dengan baik sebaik sahaja bacaan tahlil dimulakan. Selepas bacaan tahlil, giliran anak aku pula untuk khatam quran. Memang gemuruh aku lihat anak perempuan aku ni.
Mahu taknya, kena pakai mikropone masa mengaji...hehehe. Kelam kabut bacaan dia tapi aku respek tabik hormat sebab Hanis tak menolak setiap perancangan kami. Nak pakai mikropone OK jee..nak pakai pelamin masa khatam...ok jeee...

Sebagai seorang ayah, aku bangga kerana anak aku dah banyak kali khatam quran. Padahal bapa dia ni emmmm...tak.habis lagi. Terima kasih pada umi (panggilan untuk nenek dia) dan wife aku yang mengambil berat tentang didikan agama mereka. Amin..

Selepas bacaan khatam Quran kami ada panggil group marhaban Ar Rahman Pangkalan Rama Melaka untuk membuat majlis ini meriah sikit. Siap dengan gendang dan alunan lagu yang semangat tinggi. Ramai juga geng Marhaban ArRahman ini, tadi pun yang datang dalam 30 orang.

Majlis Khatam Dan Khatan Hanis dan Haziq 2018


Makanan dan minuman serta kuih semuanya mencukupi. Yang tak tahan lambakan kuih muih sedekah dari jiran tetangga memang cukup banyak. Terima kasih aku ucapkan pada mereka yang sedekah dan meriahkan majlis kami ini.

Untuk Haziq plak, di adah habis berkhatan hanya tunggu wang sahaja ler...tunggu mak dan bapa sedara hulur ler tu..lagi best..ahaks

Terima kasih kepada sanak saudara dan sahabat handai yang hadir kenduri kecil kecilan kami ini. Kehadiran anda semua adalah satu rahmat kepada kami.
Syukur alhamdulilah juga sepanjang majlis ini, cuaca amat memihak kami. Walau pun musim hujan namun sehingga akhir majlis cuaca keadaan baik. Dan sebaik sahaja majlis tamat, hujan pun turun...hahahaha.

Walau pun penat namun amat berpuas hati semua berjalan dengan lancar. Kita hanya merancang namun Allah yang menentukan segalanNya. Amin..
Majlis Khatam Dan Khatan Hanis dan Haziq 2018







Catat Ulasan

0 Ulasan